Antara cabaran terbesar pelajar PJJ

Assalamualaikum!

Dah lama tak share pasal kisah PJJ. Ok kali ni aku nak share cabaran menjadi seorang pelajar PJJ. Sebenarnya banyak je cabaran tapi cabaran paling besar bagi aku ialah nak handle/push diri sendiri. Suasana dan cabaran sangat berbeza dengan pelajar fulltime. Bila PJJ ni means kau bukan duduk serumah dan jarang berjumpa dengan pelajar lain. Biasanya jumpa pun time kelas je or kalau ada discussion yang penting. Nak buat assignment ke apa just contact through phone. Jarang la boleh duduk semeja discuss face to face. Lagi2 yang stay jauh antara satu sama lain. 

Aku sekarang sedang berada di fasa malas gila babun. Serba serbi malas. Memang dapat rasakan perbezaan yang amat sangat time fulltime dulu. Bila tengok member buat assignment, aku pun kalut nak buat. Perasaan nak compete tu ada. At last aku dapat siapkan 3 assignment dalam masa sehari setengah. Bukanlah nak kata parttime ni perasaan nak compete tu takde tapi kurang la. Berbeza dengan parttime, kat rumah takde geng study. Jadi memang sepenuhnya berharap pada diri sendiri. Nak paksa diri tu bukan senang. Ye la siang dah penat kerja then malam kena settlekan hal study. Sekarang ni weekend pun aku kena kerja. Degree pun tak graduate lagi tapi aku dah ada master, iaitu master of procrastination siap dapat 1st class lagi  👏.

Pada 15 Dis aku ada 4 assignment nak kena hantar dan kenyataannya langsung tak mula apa2 😴. Aku sangat mudah terganggu. Since aku dah deactivate semua socmed, maka life aku banyak dihabiskan dengan tengok YouTube. Itu antara penyebab utama kemalasan aku semakin menebal dalam diri. Takkan la aku nak suruh YouTube hentikan operasi sebab dia yang buat aku jadi macam ni. Pada akhirnya aku buat keputusan untuk uninstall apps tu. Pheww. Pishangg life aku. Haha. Tapi jika itu yang terbaik, terpaksa la korbankan. Dah la dapat quota 100GB 🥴. Lepas habis final akanku install semula. Muehehe.


So today is the 1st day of my experiment. Hopefully it works la. In Shaa Allah. Aku tak suka buat kerja last minute nanti kelam kabut tapi tu la tak belajar dari kesilapan lepas 😌. Semoga segalanya baik2 saja. In Shaa Allah. 

Thanks for reading!

Comments

Post a Comment