Assalamualaikum w.b.t...
Aku nak share something pasal solat. Dari mula2 kita ambil wuduk and segala2nyalah pasal solat. Harap apa yang aku nak share ni dapat beri manfaat dan diamalkan oleh semua orang yang beragama islam termasuklah aku. Aku pun tak berapa tahu sangat pasal solat ni. Kebetulan aku nak cari something kat google then ada entry pasal kuasa solat. So aku pun log in lah fb.
Sebelum kita solat, haruslah kita ambil wuduk dengan sempurna. Kalau tak ambil dengan sempurna maka tak sahlah kan solat kita tu. So sia2 je lah kita solat. I'm sure most of you tahu ambil wuduk dengan sempurna kan. Lepas ambil wuduk, tak payah lap air tu. Let it dry. Itu salah satu amalan nabi. Apa yang aku nak share kat korang ni dicopy 100 % dari page kuasa solat tu. Kalau edit pun, sikit2 je.
Waktu Haram Sembahyang
Di bawah ini adalah senarai waktu yg diharamkan solat.
(sesetengah mengatakan bagi selain tanah haram):
1- Waktu selepas solat Subuh hingga terbit matahari
2- Waktu mula terbit matahari (syuruk) hingga matahari berada di kedudukan pada kadar segalah (tujuh hasta)
3- Waktu rambang atau waktu tengahari (matahari tegak) hingga gelincir matahari kecuali hari Jumaat
4- Waktu selepas solat Asar hingga matahari kekuningan
5- Waktu matahari kekuningan hingga matahari terbenam
1- Waktu selepas solat Subuh hingga terbit matahari
2- Waktu mula terbit matahari (syuruk) hingga matahari berada di kedudukan pada kadar segalah (tujuh hasta)
3- Waktu rambang atau waktu tengahari (matahari tegak) hingga gelincir matahari kecuali hari Jumaat
4- Waktu selepas solat Asar hingga matahari kekuningan
5- Waktu matahari kekuningan hingga matahari terbenam
Tips untuk khusyuk dalam solat sebelum menunaikan solat
1) Elakkan sebarang perbualan dengan rakan & tutup handphone setelah selesai menunaikan wudhu'.
2) Lakukan solat sunat qabliah & duduk sambil beristighfar sebelum iqamat dilaungkan.
3) Membaca surah an-Nas 3 kali atau sekali sebelum mengangkat takbirratul ihram.
4) Fokuskan secara sedar dan hadirkan hati sepenuhnya untuk menunaikan solat semasa berdiri menghadap kiblat sebelum takbirratul ihram.
Pada manusia yang memang liat nak mampus bangun solat subuh *sambil menuding jari ke diri sendiri* kat bawah ni ada tip2nya. Harap kita sama2lah amalkan ye. Kalau aku bangun pun time waktu2 nak habis dah. Bila dah baca tips2 ni, harap boleh bangun awallah. InsyaAllah.
20 TIPS SENANG BANGKIT SOLAT SUBUH
1. Tidur lebih awal
2. Bersuci dan berzikir sebelum tidur
3. Tekad untuk bangun solat subuh
4. Berzikir kepada ALLAH SWT ketika bangun
5. Minta bantuan orang terdekat untuk bangun solat
6. Berdoa agar diberi kekuatan untuk bangun solat
7. Memotivasikan diri dengan kelebihan dan peringatan
8. Tidak tidur sendirian
9. Tidak tidur di tempat yang jauh dari orang lain
10. Keinginan yang kuat untuk bangun, terus bangkit. Yeahh !
11. Kunci jam loceng 20 minit awal sebelum waktu solat
12. Menyalakan lampu di saat bangun
13. Tidak berjaga malam terlalu lama
14. Tidak makan banyak sebelum tidur
15. Jangan tidur semula setelah solat sunat fajar
16. Lakukan qiamullail di waktu terakhir sebelum subuh
17. Tidur ikut sunnah/ cara Rasulullah SAW
18. Tidur seketika di siang hari (Qailulah)
19. Jangan tidur selepas asar dan maghrib
20. Ikhlaskan hati kerana Allah semata-mata
1. Tidur lebih awal
2. Bersuci dan berzikir sebelum tidur
3. Tekad untuk bangun solat subuh
4. Berzikir kepada ALLAH SWT ketika bangun
5. Minta bantuan orang terdekat untuk bangun solat
6. Berdoa agar diberi kekuatan untuk bangun solat
7. Memotivasikan diri dengan kelebihan dan peringatan
8. Tidak tidur sendirian
9. Tidak tidur di tempat yang jauh dari orang lain
10. Keinginan yang kuat untuk bangun, terus bangkit. Yeahh !
11. Kunci jam loceng 20 minit awal sebelum waktu solat
12. Menyalakan lampu di saat bangun
13. Tidak berjaga malam terlalu lama
14. Tidak makan banyak sebelum tidur
15. Jangan tidur semula setelah solat sunat fajar
16. Lakukan qiamullail di waktu terakhir sebelum subuh
17. Tidur ikut sunnah/ cara Rasulullah SAW
18. Tidur seketika di siang hari (Qailulah)
19. Jangan tidur selepas asar dan maghrib
20. Ikhlaskan hati kerana Allah semata-mata
Rahsia disebalik waktu solat dan perubahan alam
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.
• Subuh
Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
• Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?
• Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah. Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita
• Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
• Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Demikianlah secra ringkasnya hubungan waktu-waktu solat dengan perubahan warna alam. Sungguh besar rahsia solat itu sendiri, walau kelihatan ringkas namun yg tersirat amat hebat & mengkagumkan. Allaahuakbar! Bersyukurlah atas segala nikmat & anugerah-Nya buat kita hamba yg lemah & kerdil. Bersegeralah dalam bersolat, banyak hikmah & berkat dr ibadah solat yg diwajibkan. Wallaahua'lam.
Bukti solat dari perspektif kesihatan
Pakar Perunding Kardiologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Prof Dr Wan Azman Wan Ahmad dalam kajiannya menemui bahawa posisi sujud dalam solat dapat mengurangkan denyutan jantung sebanyak 10 kali seminit.
Katanya, kadar denyutan jantung nominal semasa sujud adalah baik untuk kesihatan jantung khususnya dan kesihatan keseluruhan badan amnya.
"Seseorang yang mempunyai kadar denyutan jantung 80 kali seminit dan ke atas, berisiko tinggi mengalami serangan jantung serta darah tinggi.
Pakar perubatan juga menasihatkan supaya pesakit jantung menjalankan senaman ringan selama 30 minit sehari namun tidak menyatakan bentuk senaman yang boleh dilakukan.
"Kami mendapati dengan mengamalkan solat sebanyak 12 rakaat sehari secara berturut-turut boleh dijadikan senaman ringan itu," katanya.
Ketua Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan Fakulti Kejuruteraan UM Prof Madya Dr Fatimah Ibrahim berkata pergerakan lazim solat boleh membantu mengurangkan sakit pinggang khususnya kepada wanita mengandung.
Jadikan ibadat solat amalan yang mendatangkan ketenangan & kegembiraan dalam hidup kita. Itulah saat yang paling hebat buat setiap muslim & mukmin berinteraksi terus dengan Allah Taala, tuhan pencipta alam raya. Jangan sekali-kali kita anggap remeh amalan solat, kerana jika solat seseorang itu tidak sempurna, maka tiada syurga baginya. Astaghfirullahhalazim!
Subhanallah. Mereka yang sentiasa meletakkan keutamaan kepada amalan solat dengan tidak mencari alasan untuk tidak melakukannya, akan berjaya hidupnya di dunia juga di alam sana. Yakinlah solat itu pencegah dari segala kemungkaran dan kejahatan dalam tindakan. Semoga diri kita semua tergolong dari kalangan mereka yang menunaikan dan mengutamakan solat, amiin.
Thanks for reading this entry !
Comments
Post a Comment