8 Benda Yang Korang Tak Perlu Post Kat Sosial Media

Assalamualaikum...


Seboleh mungkin aku cuba untuk elakkan diri dari tergolong antara 8 kategori ni. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak post jadi viral. Haha. Aku ni sejenis manusia yang kedekut. Kedekut untuk berkongsi kat laman sosial. Kalau aku post pasal sesuatu, kira tu dah habis tapis la dan boleh diterima umum. Cehh konon. Bagi aku tak semua sharing is caring. Haha. 



#1 Masalah korang dengan pasangan



Tahulah bergaduh, tapi tak perlulah nak bagi tahu satu dunia apa yang tengah berlaku diantara korang berdua. Untuk pengetahuan semua, orang lain tak nak tahu dan tak ambil tahu pun, orang mengata lagi ada lah (opss!).

#2 Pandangan peribadi tentang kerja korang


Kalau ada masalah dengan kerja, boss ataupun rakan sekerja yang lain, sila bawa berbincang dan cari jalan penyelesaian. Jangan pula korang pergi update status tak puas hati atau merungut kat sosial media cakap "I hate my job". 

#3 Jumlah duit yang korang ada


Tahu banyak duit, tapi tak perlulah beritahu semua orang yang duit korang tu banyak. Takut sesuatu yang buruk berlaku bila orang tahu korang berduit. Hati-hati tau!

#4 Gambar kawan-kawan yang tak berapa nak semenggah


Nak bergurau boleh tapi janganlah sampai post gambar kawan-kawan korang tak berapa nak  'senonoh' tu kat Facebook, Instagram Twitter atau sebagainya. Kesian kat kawan-kawan korang tu.

#5 Kerja orang yang korang rembat tanpa kredit



Amboi! Pandai guna hasil kerja orang lain, tapi tak nak kredit. Dah lah tak kredit, siap share lagi kat lagi kat sosial media tau. Ish ish!

#6 Perbualan peribadi

Ni lagi satu, bila orang hantar mesej kat korang, tak payahlah beria nak post perbualan tu kat sosial media. Tak berapa nak sweet kot. Ada sebab kenapa orang hantar perbualan  dan bukan post kat Facebook atau Twitter. Hello!

#7 Maklumat peribadi yang dikongsikan


Tak perlulah nak kongsi semua benda kat sosial media. Bukan semua orang nak tahu cerita korang dari A sampai Z pun. 

#8 Pendedahan maklumat sulit 

Jangan kongsi maklumat peribadi korang seperti alamat rumah, nombor telefon, nombor kad pengenalan, nombor plat kenderaan dan sebagainya. BAHAYA!

Kalau antara korang ada yang dalam 8 kategori ni, sesama la muhasabah diri supaya tak terlalu taksub dengan laman sosial. Tapi lain orang lain pendapatnya =). Tak salah nak berlaman sosial cuma kena berpada2 la. Tak berani gak nak cakap lelebih risau termakan kata diri sendiri. Peace !

Credit to Erafm. TQ !

Thanks for reading !

Comments