Salam !
Buat makluman semua, InsyaAllah aku akan sambung study secara part time. First class pada 27 Mac ni. InsyaAllah.
Kalau rajin boleh baca kisah2 PJJ aku kat bawah ni:
--------------------------
Kisah sebelum ni aku just explained secara ringkas je pasal PJJ ni. So hari ni dia cam rajin sikit nak cerita lebih. Sebelum aku ambil keputusan nak sambung PJJ, aku ada la survey beberapa IPT. Dan bila survey2 UiTM adalah salah satu IPTA yang mempunyai yuran pengajian yang termurah berbanding IPT lain. Entri kali ni aku nak cerita pasal cara apply PJJ kat UiTM ye. Bukan IPT lain.
1. GOOGLE
Kalau PJJ, website dia berbeza dengan website UiTM yang full time ni. Just taip uitm ined dan dia akan keluar seperti di atas. Kalau tak keluar sama macam ni maksudnya salah la tu. Hehe.
2. WEBSITE
Inilah front page website untuk PJJ. Kat sini kita boleh tengok jadual seminar, student portal, subjek yang akan kita belajar dan macam2 lagi. Masa memula dulu memang habis la aku explore segala benda yang ada kat dalam website ni. Tiba2 level curiosity tu melonjak. Haha.
Boleh pilih yang mana satu idaman kalbu. Idaman aku haruslah Ijazah. Pastu just click pada link biru tu. Ini untuk intake September 2016. Permohonan ni di buka sepanjang masa. Tak macam full time. Kena beli no id la apa la kan. Yang PJJ ni tak payah. Pastu PJJ UiTM ni dia ada 2 intakes, Mac (1st intake) & September (2nd intake). Aku apply yang 1st intake punya.
Masukkan no ic dan click mohon sekarang.
Dan isi la apa yang patut. Kita boleh edit info dalam ni banyak kali. Tapi jangan la tiap2 hari dok edit je kan. Bila dah siap tu boleh la print untuk simpanan sendiri. Masa daftar nanti pun kena bawa juga borang ni. So buat la 2 copy.
4. SEDIAKAN DOKUMEN
Lepas dah apply tu kita kena poskan senarai dokumen yang diperlukan:
1. Borang Permohonan
2. Salinan Surat Beranak
3. Salinan SPM/STPM/Sijil
4. Salinan Transkrip Diploma/Matrikulasi
5. Keputusan MUET
6. Pengesahan Majikan (kalau bekerja)
7. Wang Pos RM12
MUET memang sangat penting. Kalau takde MUET memang tak boleh daftar. Ada kes masa daftar hari tu. Tak sure la dia tipu ke apa kan masa isi borang permohonan online. Pastu masa hari mendaftar tu pihak pengurusan nak salinan MUET tapi dia takde. So terpaksa la extend ke second intake dan ambil MUET (kalau dah bayar yuran). Diorang akan check satu2 dokumen seperti yang kita hantar ni. Aku tak tahu dia ni asal mana. Kalau stay jauh memang macam rugi gila sebab datang jauh2 tapi terpaksa balik sebab pihak UiTM memang takkan terima kalau takde salinan MUET. Merayu macam mana pun memang takkan dapat. Dah peraturan dia camtu kan. So kena la ikut. Kalau salinan dokumen tu takde kira macam boleh lagi la hantar sebab tarikh last mendaftar belum tutup lagi. Alhamdulillah aku punya ok. Sebelum hari mendaftar tu pastikan kita sediakan dan susun siap2 apa dokumen yang dia nak. At least takde la buang masa tercari2 kan bila turn kita. Student yang menunggu giliran bukan sikit tapi ramai. Tak salahkan kita cuba memudahkan proses pendaftaran :).
Yang wang pos tu boleh beli kat pejabat pos. Wang pos ni boleh je bayar masa nak daftar nanti. Tapi macam aku cakap tadi la, kita cuba mudahkan proses. Bayar siap2 masa hantar borang permohonan tu.
5. KEPUTUSAN
Bila result dah keluar, kita boleh la check sama ada dapat ke tak. Kebiasaannya dapat la kan kalau kita hantar semua dokumen dan buat seperti apa yang disuruh. InsyaAllah. Untuk semak macam biasa la masukkan no ic.
Yeayyy dapat ;)
Just click pada setiap link biru tu untuk print borang2, tengok details hari pendaftaran dan yang lain2. Untuk tengok berapa bil kita kena bayar, just click pada link biru rujuk bil pelajar.
Lepas dah click dia akan keluar macam kat atas ni. Masa memula tu dia just keluar 1 bil. So kena bayar RM1,359. What ?? Murah ?? Mungkin murah la kan berbanding IPT lain. Tapi serabut juga la iolls ni mencari duit demi membayar yuran. Secara tidak langsung menjadi peminta sedekah time ni :P. I paid this fee using my BR1M ok. Sobs sobs. Masa daftar hari tu aku dengar pihak pengurusan umumkan siapa yang nak bayar yuran boleh berkumpul 1 tempat pastu nanti ada orang datang ambil bawa pergi atm. Bukan bayar cash ye. Memang boleh bayar kat sana tapi macam yang aku dok ulang banyak kali seperti di atas. Kita settlekan semuanya siap2. Dari segi dokumen dan bayaran. Masa daftar tu just bagi slip bayaran. Kan dah settle. 1 kerja la pulakkan gi atm pastu nak kena beratur semula untuk serahkan slip bayaran. Kalau dah settle siap2, kerja semua jadi mudah dan jimat masa. Kalau UiTM biasanya Bank Islam la kan. Kat atm tu nanti ada la step2 dia. Memula kena tekan yang bil2 tu. Dia dah automatik setting kan untuk kita.
So settled bab bayaran.
Gigih tau aku print screen pastu paste kat paint pastu crop satu2. Sampai lunch pun skip. Haha. Act dah kenyang makan sarapan pagi tadi. Bila semuanya dah settled siap2, masa pendaftaran nanti takde la kelam kabut sangat. Kita kena ingat yang bukan kita sorang je yang mendaftar. Ada beratus students. Pihak yang menguruskan pendaftaran tak ramai mana pun. 1 kaunter ada la dalam 4 5 orang. So takkan sebab nak melayan kerenah kita sorang, orang lain terpaksa menunggu :). Demikian sahaja cerita macam mana nak apply PJJ ni dari 1st step. Semoga memberi rujukan dan manfaat buat semua. InsyaAllah.
Nanti aku share pula cara study PJJ ni. Buat masa ni aku cam keliru sikit sebab ada banyak juga portal yang kita kena selalu buka. Zaman dah moden. Study pun on9 uollsssss. Dah nama pun e-PJJ kan. Haruslah ada unsur2 on9 di situ. The good thing is jimat la kos aku nak ulang alik ke kelas sebab bukan tiap2 minggu. Bagi aku la kan, the bad thing is aku kena selalu buka semua portal2 ni. Bab teknologi ni aku slow sikit. More prefer old school. Kena selalu alert sebab lecturers akan bagi quiz, test through on9. Kalau tertinggal dan tak jawab takde markah la. Siapa yang selalu aktif kat portal pun dapat markah. Part ni la rasa macam nak nangis. Haha. So after this no more Ig, Fb and Twitterrrr. Propa je kak ton ni. Ahaks.
Thanks for reading !
Salam sis,tumpang tanya..lps je isi borang online tu kite kne bayar wang pos terus n pos semua dokumen tu ye? N boleh bg contoh surat pengesahan majikan tu?
ReplyDeleteW'salam. Yup. Masukkan slip wang pos tu berserta borang2. Surat pengesahan majikan ada dalam entri :)
Deleteassalamualaikum sis,
Deletetq ye tlg bg info psl mendaftar ni... nk tny kat mne ye nk check venue exam,diorg srug check kt website ined tp dh click semua tab, x jumpa smp skrg..exam next week ari selasa lepas cuti...sob sob sob..tq again sis
Waalaikumussalam. Ok welcome. Masa saya exam hari tu pun tak jumpa jugak. Huhu. Tapi exam semua subjek kat tempat sama je, dewan Raja Muda Musa. Mungkin boleh try tanya lecturer untuk kepastian. Kang tak pepasal salah tempat. Nangis tak berlagu :P. Tak lama dah ni. Good luck ya. Do the best:)
DeleteHi awak. Ada cara tak nak contact awak personally ? Ada few things nak tanya pasal e-pjj. Harap dapat bantu
ReplyDeleteHai. Saya takde la tau banyak sangat sebab baru 1st sem kan. Hehe. Tapi mana yang boleh bantu, saya bantu :). Boleh email saya: nur.adhura@yahoo.com
DeleteSalam, sy nak tanya..borang pengesahan majikan tu wajib kena ade ke?mcm mana kalau sy dh dpt offer utk buat epjj ni tp sy baru je lps berhenti keje?blh ke sy peoceed utk buat epjj?lps tu borang permohonan online tu dhxboleh nk edit dh yer lps kita dpt surat tawaran?
ReplyDeleteW'salam. Rasanya tak wajib pun sebab masa daftar hari tu ada je yang tak bekerja lagi. Yang borang permohonan tu tak silap saya memang tak boleh edit sebab pihak ipt dah keluarkan surat tawaran kan. Bila klik semula borang permohonan tu dia akan keluar 'cetak' atau 'keluar' je. Kalau tak silap saya la. Btw awak apply uitm jugak ke ?
DeleteTq for reply..😊
DeleteA'ah sy apply uitm next sat 7/5 reg tp amik dip je la..baru nk merangkak2 bljr, dh tua dh pun..Nervous sbnrnya.. 😁
Most wc. Takpe. Masih belum terlambat untuk belajar. Oh ye ke. Good luck la eh. Semoga kita sama2 diberi kekuatan untuk habiskan study. Hehe
DeleteAssalam bleh tya. Document and wang pos tu nk anta ke alamat mane? N penerima sapa?
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Semua documents pos ke:
DeleteUnit Pengambilan Pelajar
Institut Pendidikan Neo (iNED)
Aras 2, UiTM-MTDC Technopreneur Centre
Universiti Teknologi MARA (UiTM) 40450 Shah Alam, Selangor.
Document sume perlu disahkan dlu kn?
ReplyDeleteTak perlu kecuali kalau bekerja kena suruh majikan sahkan borang yang disediakan.
DeleteThnk u dhura. U are really helpful. ����
ReplyDeleteSy apply course dlm sama bidang. Dip pon dr uitm. InsyaAllah klu dpt.So bleh trus ke part 3 ke?
Most welcome. Kalau nak tanya apa2 boleh je :). InsyaAllah mana yang saya tau saya akan jawab. Oh yeke. Mana tau kot2nya sem depan boleh sama kelas ke kan. Hehe. Yup terus ke part 3 sebab ada sorang kawan saya tu pun dia dip Uitm. Btw good luck ;)
DeleteInsyaAllah. Thx dhura. Appreciate it.
ReplyDeleteMy pleasure :)
Deletesalam. awak, selain by pos, boleh submit dokumen melalui apa ja ya? terima kasih
ReplyDeleteCara sy aritu,sy x pos..sy bawak je semua dokumen tu mse hari daftar tu n sy de pm ined,admin suruh bwk je mse register tu...x yh pos pape..
ReplyDeleteoh okay terima kasih. so time daftar tu, salinan dokumen perlu disahkan ke tak?
DeleteTak yah sahkan pun. Bawak je masa daftar nanti
DeleteAssalamuasillaikum. nak tanya awak amek course apa ye? class dia memang sebulan tu 2 hari shj ye ada class? yg intake sekali dengan awak ramai tak student?
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Saya ambik course Business Admin (Marketing). Depends pada subjek yang diambil. Saya ambik 4 subjek 1 sem. Masa intake saya tu ramai sangat orang. Yang course saya pun ramai jugak
Deletehello kak. kalau ambik pjj boleh apply untuk ptptn tak?
DeleteBoleh
Deletesalam awk . kalau nak apply epjj mmg wajib dh kerja ke ;) .tq
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Tak jugak. Boleh je apply kalau tak kerja
Deletewaalaikumusalam, de je classmate yg x kje...x tau la cmne dia apply...
ReplyDeletesaya pun salah seorang student pjj uitm shah alam..
ReplyDeleteSalam nak tanya. Kalau nak buat pjj degree. Kena amik muet jugak ke?
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Ya wajib ada muet
DeleteKalau dah lama tak amik muet, last ambil masa stpm dulu. Kira kena ambil semula lah kan.. Kena daftar kat sekolah ka apa ya untuk ambil muet tu? Bercadang juga nk ambil pjj degree
DeleteTinta,utk epjj just bg je copy muet tu mse register…x yh ambik semula…
Deletehi sis.. epjj ni mmg utk area shah alam je ke.ke mmg shah alam tu center dia utk epjj..klau apply utk uitm yg dekat tapi utk epjj bole ke? ke xbole?
ReplyDeleteHi. Depends pada kos apa yang awak nak ambil. Kebanyakan kos hanya ada di kampus induk je. Ada juga kos lain offer pjj di kampus cawangan. Cumanya tak banyak la
Delete