Salam !
Sape yang tak suka makan kek batik dia alien. Tetiba. Haha. Selama hayat dikandung badan ni tak pernah lagi jumpa orang yang tak suka makan kek batik. Kalau ada salam takziah buatmu. Lol. Dalam banyak2 kek, kek batiklah kek paling senang nak buat dan bila makan, nak makan lagi dan lagi sampai menjilat jari jemari yang tak berapa nak runcing ni. Serius cakap rasa dia memang addicted. Aku rasa macam itu adalah salah 1 makanan terbaik dalam dunia ni. Bagi aku semua makanan memang sedap. Haha.
Hari Isnin lepas aku puasa. Pastu tekak ni macam teringin je nak makan kek batik. Hari2 ada je benda yang aku mengidam. Kau dah kenapa kan. Haha. Semalam tetiba teringin nak makan nasi impit + kuah kacang. Gigih la aku beli kacang tanah RM2 pastu bertungkus lumus masak. Kuah kacang ni dia cam leceh sikit nak masak. Nak kena goreng kacang tu dulu. Goreng tanpa minyak pastu api memang kena slow la. Nanti kacang cepat hangit tapi isi dalam tak masak lagi. Masa belasan tahun dulu aku paling nyampah bila kena tolong mak aku goreng kacang ni. Lagi2 masa tu pulak cite favorite aku tengah tayang kat tv. Berbakul2 la nyampahnya. Haha. Rasa macam nak angkut dapur letak depan tv je. Dah la nak kena hadap dia sampai masak. Tinggal kang hangit pulak. Pastu lagi 1 goreng kelapa. Sabo je la. Bila dah siap masak kena buang kulit dia. Pastu nak kena hancurkan pulak kacang tu. Aku blend je. Cepat sikit. Tak kose aih nak tumbuk. Aku nak makan malam tadi, bukan malam ni =P #ifyouknowwhatimean. Ala senang je buat kuah kacang ni. Raya Haji tahun lepas aku buat untuk santapan para tetamu.
Ok sekarang back to the main topic. Aku bagitahu resepi yang paling mudah dan murah. Kalau baby pandai pegang sudip nescaya mereka pun boleh lakukannya. Caya la baby booo. Modal bawah RM10. Ala takkan rumah korang takde susu & milo kan. At least setiap isi rumah kena ada. Lewlzz. Barang2 basic kan. Act kalau semua bahan2 ada kat rumah, tak yah keluar duit pun. Aku ni pun pasal ada biskut marie lebihan adik aku buat kek batik bulan lepas. Hihi. Tu yang tak keluar modal pun.
Resepi Kek Batik Paling Mudah & Murah
Bahan-bahan
1. Biskut Marie (bahan utama. kena hancur2kan. jangan kau blend pulak biskut tu =P. punya la nak 'hancur'kan)
2. Milo (bahan utama. buat pakai kopi tak 'kena'. seriusss)
3. Marjerin/Mentega (bahan utama. kalau masak lauk, kita letak garam sebagai perasa. kalau kek, kita letak benda ni. mandai je aku. haha)
4. Susu pekat (bahan utama. jangan susahkan diri bancuh susu formula =P)
Cara-cara
1. Panaskan kuali. Masukkan mentega sampai dia cair.
2. Masukkan susu pekat dan kacau sampai sebati.
3. Masukkan milo. Kalau tak berapa gemar manis, kurangkan portion milo sebab tadi dah masukkan susu. Kang terlebih manis tak pasal2 kena potong kaki. Gaul sampai sebati.
4. Masukkan biskut marie yang dah dihancurkan tadi. Kira cite dia sekarang kau kena gaul semua benda sampai sebati. Barulah cantekkkk.
5. Bila dah sebati cepat2 tuang dalam bekas. Tekan kek batik tu guna sudip atau apa2 je la supaya dia mampat dalam bekas tu. Jangan bagi chance langsung ruang udara masuk. Haha.
6. Letak dalam peti. Biarlah dalam 10 minit camtu.
7. ******(lepas 10 minit). Siapppppp !
p/s: Pastikan acuan milo jangan terlebih dari biskut marie, dan biskut marie jangan terlalu lebih dari acuan milo. Kena balancekan 2 2 portion. InsyaAllah menjadi. Selamat mencuba !
Sincerely,
Chef D
Resepi ni aku ada Google gak. Tapi biasalah kan aku tak suka masak sebiji ikut resepi. Janji bahan asas dia betul pun dah kira ok. Memang tak reti nak main sukat2 ni. Dan masak ni ikut kreativiti masing2. Ada yang tabur chocolate rice kat kek batik ni. Depends. Aku nak makan sendiri je. Janji ada bentuk dan rasa sedap pun dah ok.
Menu berbuka. Daging masak kicap (blackpepper) + telur asin + kek batik + agar2 tak berapa nak jadi + air cincau
Masa hari Jumaat lepas teringin nak makan agar2 milo ni. Tapi tak jadiiii :'(. 1st timer biasalah kan. Agar2 tu jadi berketul2 pastu keras sikit sebab kurang susu mungkin. Sedap tu bolehlah cuma dia keras je. Alhamdulillah tak sedap pun habis ok. Tengok pun tahu keras. Wuuuu. Keras yang boleh makan.
Bekalan lunch kasih sayang made by Chef D. Gitteww. Kelam kabut goreng telur dadar sebelum gi kerja (bangun lambat). Lauk daging semalam tak habis. So aku panaskan dan dijadikan bekal untuk keesokkan harinya.
Act berhari dah aku nak update blog ni. Tapi asal buka blog je dia keluar camni. Server down. Down terus aku. Banyak kali try dia keluar camni jugak. Cam biasa la kan tajuk 'resepi kek batik' tapi ada banyak selingan. Hehehe.
p/s: Tadi jawab test eco online. Ok i izzz downn :'(. Okbyeeeeeee
Thanks for reading !
Comments
Post a Comment