Korea 5H4M [PART 2]

Sambungan dari entri ni

Day 3 (12.08.2016)

Gyeongbokgung Palace 

Exit 5 Gyeongbokgung Station (Subway Line 3)

Bapak panas kat Gyeongbokgung ni. Pukul 10am++ matahari dah terik *sunglasses mood on*. Nak masuk ke sini kena bayar 4000 won. Hari Selasa istana tutup. Apa yang aku baca, bulan Mar-May, Sept-Oct buka dari pukul 9am-6pm. Bulan Jun-Aug, Nov-Feb buka dari pukul 9am-5pm. Eh boleh pulak pilih2 bulan kan nak buka sampai pukul berapa. Selaraskan semua kan senang :P. Ada ongoing events: Sumunjang changing of the guard ceremony (twice a day, jam 10am & 2pm) & Gwanghwamun changing of the guard ceremony (twice a day, 11am & 1pm). Kesian diorang ni kena berkawad tengah2 panas. Sis bersimpati. 

Gyeongbokgung Palace ni dekat jugak dengan attractions lain. Kalau nak gi National Palace of Museum of Korea pun boleh. Sebelah je dengan istana tu. Kalau naik subway, masa nak keluar tu akan jumpa muzium tu dulu belah kiri. Jalan ke depan sikit pintu masuk kawasan istana.  Masuk muzium tu free je. Hari Isnin tutup.




Tiket Gyeongbokgung Palace



Bahagian dalam istana



Sumunjang changing of the guard ceremony

Exit 2 Gwanghwamun Station (Subway Line 5) / Exit 5 Gyeongbokgung Station (Subway Line 3)

Gwanghwamun Square terletak berdekatan dengan istana ni. Ini adalah tempat di mana ada tugu 2 figura terhormat di Korea iaitu Admiral Yi Sunshin dan King Sejong. Pastu kalau teringin nak tau pasal asal usul perkataan Hangeul ni boleh pergi Hangeul Gaon-gil Street

Bukchon Hanok Village

Gyeongbokgung – Anguk [Line 3]

Kalau tercari2 kat mana terletaknya village ni, boleh pergi kat kiosk travel kaunter, namanya Hanok Homestay Information Center. Dia akan tunjuk jalan dan bagi suggestion tempat lawatan. Siap bagi peta. Village ni ada 8 jenis kesemuanya tapi aku pergi 2 je sebab bagi aku semua sama je. Huhu. Tapi yang bestnya kat sini kita boleh tengok rumah traditional Korean. Selalu tengok dalam tv je yang diorang berlakon2 tu. Kali ni tengok in real life. Cantik. Mulanya aku ingat rumah tu pameran je tapi rupanya ada orang stay situ dan dalam masa yang sama Tourism Korea ni jadikan tempat ni salah 1 tarikan pelancong. So kita tak boleh bising2 sangat. Kena respect kawasan perumahan dia.






Nak sewa hanbok kat sini pun boleh

Kalau korang tak puas pergi Gyeongbokgung Palace tu, boleh pergi Changgyeonggung Palace dan Changdeokgung Palace. Nak masuk situ kena bayar. Tak sure berapa. Tapi cam biasa la kami tak pergi tempat2 sejarah ni banyak kali. Hihi.

Hongdae Area

Exit 9 Hongik University Station (Subway Line 2)

Kami just round2 je kat area ni. Tak singgah pun mana2 tempat. Contoh macam Hongik University. Kami lalu depan tu je. Banyak je tarikan yang ada kat situ. Kat area sini pun famous dengan Hongdae Free Market. Hongdae area ni kawasan yang berseni sebab dia kawasan university. Tempat student. Boleh search to do list kat area Hongdae ni. Kat buku travel guide pun ada suggested itinerary. So no worries ok kalau nak explore Hongdae ni.



Beli internet ni sebab fedup wifi on off

Lunch at Boa Guesthouse



Dan sebab nak cari kedai ni la gunung berapi separa meletus. Lepas dapat makan terus cool balik. Haha. Biasa la tu mood swing :P



Squid dosirak (mine) & bulgogi dosirak (W's)



Bilik solat kat rooftop. Curlass solat atas bumbung. Tapi kalau nak ambil wuduk kena gi kat tandas tingkat bawah sekali. Tak pun tumpang je kat tempat ahjumma tu basuh kain. Sebelah tu je. 1 penyiksaan buatku nak mintak izin ambil wuduk. BI tak faham. BM lagi la. Body language je mampoo

Lepas makan, kami round2 naik bas melalui kawasan university contohnya macam Ewha University. Tak turun pun cuma lalu je.

Insadong

Exit 6 Anguk Station (Subway Line 3)

Kalau nak beli cenderahati macam keychain, chopsticks atau bermacam lagi barang traditional Korean boleh beli kat sini. Ok la murah jugak. Tempat ni buka setiap hari tapi kedai dia tutup awal. Dalam pukul 7 lebih camtu diorang dah start tutup. Tapi ada je kedai yang buka. Selain dari Insa-dong, kat Samcheong-dong ada jugak jual barang2 traditional dan crafts ni semua.

Aku beli cenderahati setakat yang termampu je. Hihi. Duit sana mahal jadi takde la beli banyak pun. actduitbanyakhabisbelibarangkatsini. Bukan selalu dapat datang sini, maka beli la apa yang patut untuk family dan sahabat rapat. Pastu kat sini pun boleh sewa hanbok.



Aku suka betul minum jus dia ni




Murah2 je mask kat sana

Perbelanjaan

Tiket Gyeongbokgung Palace: 3000 won
Sparkling Juice: 1000 won
Internet: 3300 won/2: 1150 won
Lunch at Boa Guesthouse, Hogdae: Squid Dosirak 8000 won + Apple Juice 3000 won
Strawberry & Banana Juice Insadong: 1500 won
Kuih di Insadong: 5000 won/2: 2500 won 
Mask muka: 5000 won (10 pcs)/2: 2500 won
Cenderahati: 68000 won

TOTAL COST DAY 3: 90650 won

Day 4 (13.08.2016)


Aku tak ingat nama hentian starting point tu tapi kami naik bas no 3000 (bas warna merah) untuk ke sana. Ganghwado Island ni merupakan pulau ke 5 terbesar di Korea. Jauh dari Seoul. Macam Nami Island jugak. Perjalanan lebih kurang dalam sejam lebih. Bertolak dari Seoul dalam pukul 1 lebih dan sampai pukul 2.35pm camtu. Lewat gerak sebab teman ex-roommate check in hostel kat area mana ntah tak ingat. Satu2nya transport yang boleh diharapkan adalah bas. Kalau korang nak pergi ke sini disarankan pergi awal pagi dan dapat explore banyak tempat. Kami dapat pergi ke 2 tempat je sebab kekurangan masa. Last bas dari Ganghwado ke Seoul jam 9pm.



Saja nak bagitau umur dia ni 21. Asal dari France. Boleh cakap 6 bahasa (antaranya Korea). Dan k-poppersszzz. Dia ni orang 1st yang cerita kat aku pasal movie 'Train to Busan'. Aku macam blur2 ayam gitu. Tapi demi mewujudkan suasana harmoni di dalam bilik so aku pun layankan je la. Tak sangka movie ni boleh jadi viral pulak kat Malaysia




Dolmens


Best je angin sepoi2 bahasa



Sebab nak pergi sini la kami hampir tak dapat balik Seoul. Nightmare jap

Myeong-dong Street

Exit 6 Euljiro 1(il)-ga Station (Subway Line 2) / Myeong-dong Station (Subway Line 4)

We're at here again sebab buddyz nak beli stokin. Stokin dia murah2 je. Harga dalam 1000 won sepasang. Kemain cik kak tu borong. Hihi. Time tu dah nak dekat pukul 12am. Tapi disebabkan Korea punya culture ni memang jenis tepat pada masa, kami sempat pergi Myeong-dong naik subway. Tapi masa perjalanan balik, subway berhenti di stesen Seoul Station. Jadi kami terpaksa la balik ke Itaewon naik bas.



Perbelanjaan

7E: Onigiri + susu pisang (u can see how much I love this uyu. Hee): 2600 won
Aiskrim: 1400 won
7E around Itaewon: Onigiri + Juice: 2600 won



Onigiri & susu pisang. Favourite :)

TOTAL COST DAY 4: 6600 won

Day 5 (14.08.2016)

Since hari tu ahad (hari cuti), area Itaewon memang agak sunyi. Cuma bising sikit je sebab semalam malam minggu kan, so ada yang baru keluar dari club mabuk2 lagi. 1st time tengok orang mabuk in real life masa datang sini. Kat Malaysia pun tak pernah jumpa. Bau tak yah cakap la memang busuk sebab diorang muntah bersepah. Botol2 arak pun bersepah. Memang kena hati2 jalan kat kawasan club ni. Lagi2 time malam.

Seoul Central Mosque

Lokasi masjid ni tak jauh pun dari hostel kami. Kawasan masjid ni pun sunyi sebab kami pun pergi sana pagi. Para lelaki dalam masjid ni pun tidur lagi. Serius full house kat kawasan solat lelaki. Diorang tidur ramai2 kat situ. Tempat solat perempuan tak besar sangat. Dalam masjid tu ada letak peringatan tak boleh ambil gambar. So aku hormat apa yang ditulis. Nak ke masjid ni kena mendaki bukit sikit. Biasa la area Korea ni memang jenis berbukit bukau.



Pintu utama masjid



Tangga menuju masjid bukan menuju hati awak. Lolololol


Laluan kereta atau jalan kaki naik ikut sini pun boleh




Nak berparti secara Halal pun bolehhh


Itaewon street

Untuk last day just jalan2 kat area masjid je sebab nak terus pergi airport. Plan nak makan dulu kat area Itaewon ni tapi tak sempat sebab kedai mostly buka dalam pukul 10am lebih camtu. Pukul 9 lebih dah siap2 untuk check out.



Tak ingat apa nama dia ni. Tapi ada 'jiggae2' kat belakang

Perbelanjaan

Lunch kat airport: 8,000 won

TOTAL COST DAY 5: 8000 won

_______________________________________

TOTAL COST FOR 5 DAYS: 136850 won (belanja) + 56000 won (hostel) + 42250 won (T-Money) = 235100 won

235100 won X 0.0038 (ikut pada tukaran wang) = RM893.38

RM600 (flight return) + RM894 (overall belanja) = RM1494

Sebelum balik Malaysia, pastikan pergi kat mana2 kedai serbaneka untuk ambil balik baki duit dalam T-Money. Kira macam refund la. Kami buat kat airport sebabnya masih lagi perlukan kad tu nak datang airport. Kad tu kita simpan. Baki akhir T-Money aku 7750 won.

Aku tak habiskan banyak duit untuk makanan. Street food pun tak cuba langsung. So aku memang tak boleh nak review pasal makanan. Hee. Cuma boleh review pasal onigiri dan susu pisang je. Sedap sangat. Tapi onigiri tu tak semua boleh makan. Nak selamat pilih 'tuna mayo'. Dan aku tak banyak sangat buat research pasal trip ni. Tapi dari Malaysia tu ada la plan memacam. Bila dah sampai Korea, dia punya teruja tu sampai lost semua. Haha. Sebelum keluar hostel baru plan nak gi mana. Mau tak berterabur sesat sana sini. Hantam saja la labu. Pengalaman mendewasakan kita. Lewlz. 1st time kan.

Itinerary memang simple sebab tu kos tak besar sangat. Aku just share mana yang tau dan berdasarkan pengalaman je. Saja nak bagitau tandas kat sana tak berapa nak mesra pengguna (takde paip kecuali kat sinki). Kena spare bawa botol ke mana sahaja anda pergi. Kalau sesat ke apa jangan takut2 untuk bertanya. Orang sana sangat helpful dan baik. Mula2 tu takut jugak nak tanya2 ni sebab tak biasa lagi, lama2 tu ok la. Kami banyak naik subway dan bas. Pastu WiFi free ada di mana2. So no worries. Cuma kadang2 tu ada la lost connection.

Sekian. InsyaAllah akan repeat lagi. Maybe 'Train to Busan'. Ihiks.



Inilah travel partner masa pergi sana. Susah senang sesat kebulur sama2. Gambar cantik2 candid semua dia yang ambil. Tak sia2 aku bawak kau datang sini. Muahaha. Thanks W for everything. Jasamu dikenang.  


Terima kasih sudi baca !

P/S: Setibanya kami di Temerloh, dapat berita sahabat baik meninggal dunia. Alhamdulillah kami sempat ziarah arwah buat kali terakhir sebelum dikebumikan. Sedekahkan Al-fatihah buat arwah Muhammad Ridhuan Bin Mutazar dan sama2 mendoakan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. InsyaAllah amin. . Aku ada story pasal panjat bukit dengan arwah kat entri ni. Arwah pakai baju coklat. Eh ke oren. Tetiba buta warna. Rindu :'(

Comments