Part 3

Assalamualaikum !

Alhamdulillah dah setahun aku study dan sekarang dah part 3. 3 down, 6 to go *______*. In Shaa Allah.

Masa uitm buka untuk daftar subjek, aku dan member pun cepat2 la daftar sebab takut subjek dan group yang kitorang nak tu full. Pening kepala aku nama group tu mengelirukan. Baru hari 1st day kot group dah full. -____-. Jadi daftar je la group yang masih available. Pastu yang subjek bahasa ada 2 pilihan: Mandarin dan Arab. Mandarin full pulek. Apa je pilihan yang ada kan so ambil la Arab. Memang masa mula2 dulu aku nak ambil Arab sebab kerja umrah. Aku daftar subjek HRM dan terpaksa pilih group yang takde dalam jadual. Rupanya ada dalam jadual program lain dan kelas bukan sekali dengan 3 subjek yang aku daftar. Jadi maksudnya aku kena naik Puncak Alam tiap2 minggu. Kalau dekat ok la kan. Jauh ni tak berapa nak rela sangat la.

Masa 1st class tu aku dan 3 member yang lain main masuk je kelas HRM group A. Nasib la lecturer tu ok. Dalam 4 hari lepas 1st class aku email koordinator dan minta tukar group. Alhamdulillah boleh tukar dan email aku dibalas kurang dari 24 jam. Good job ! So settle la masalah tu. Member aku yang lain pun dapat tukar group. Yeayy. Sem ni final exam ada 3 je. Arab takde final. Markah diberi berdasarkan aktiviti dalam kelas (carry marks). Arab ni ada 3 level jadi kena ambil 3 sem. Plan awal nak ambil 5 subjek since final exam ada 3 je tapi bila fikir balik takde kerelaan dalam hati nak travel jauh tiap2 minggu.

Macam biasa la awal2 sem janji dah tak nak study last minute, tak nak delay buat assignment dan segala macam lagi la tapi harommm. Muehehe. Biasa la tu kan. Dilema seorang student. In Shaa Allah lagi 3 tahun pastu dah boleh fokus buat benda lain. Benda apakah ? Aku pun tak tahu. Hee.

Thanks for reading !

Comments