...السلام عليكم
Sebagai orang islam kita wajib mengetahui berapa perkara rukun islam, bagaimana yang dikatakan dengan syahadat, solat, puasa, zakat, dan haji. Berikut dihuraikan penjelasannya. Rukun islam ada 5 (lima perkara) iaitu:
1. Mengucap Dua Kalimat Syadahat
Syarat yang paling pertama seseorang untuk menjadi seorang muslim adalah mengucapkan dua kalimat syahadat. Makna Syahadat adalah mengucap dengan lidah, membenarkan dengan hati dan mengamalkan melalui perbuatannya. Bunyi 2 kalimat syahadat iaitu:
2. Melakukan Solat Fardhu 5 Waktu
Rukun islam yang kedua adalah solat. Sebagai seorang muslim maka ia mempunyai kewajipan untuk melaksanakan solat fardhu 5 waktu. (Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak). Apabila dia tidak melaksanakan solat bererti dirinya tidak disebut sebagai islam. Kerana solat adalah tiangnya agama, dan yang paling utama dihisab diakhirat kelak.
Perintah soolat disebutkan dalam Al-quran surat Surat Al ankabut ayat 45:
"Dan dirikanlah solat sesungguhnya solat itu dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar"
3. Berpuasa dibulan ramadhan
Rukun islam yang ketiga adalah berpuasa dibulan ramadhan. Puasa adalah menahan diri dari segala yang membatalkan puasa mulai dari terbitnya fajar sampai terbenamnya matahari.
Perintah puasa Allah sebutkan dalam Al-Quran surat Al-Baqarah ayat 183:
"Hai orang-orang yang beriman diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang- orang sebelum kamu agar kamu bertakwa"
4. Membayar Zakat fitrah
Rukun islam yang keempat adalah membayar zakat. Zakat adalah sesuatu yang harus dikeluarkan oleh seseorang kepada orang tertentu dengan kadar tertentu pula.
Zakat ada 2 iaitu :
Pertama: Zakat fitrah iaitu zakat yang wajib dikeluarkan oleh seorang muslim pada saat hari raya Aidilfitri (akhir dari bulan ramadhan) berupa makanan pokok yang dimakannya sehari-hari.
Kedua : Zakat mal iaitu zakat hasil perniagaan, yang wajib dikeluarkan seseorang apabila sudah sampai nisab.
Perintah zakat dalam Al-quran surat albaqarah ayat 43 :
5. Melaksanakan ibadah haji bagi yang mampu
Rukun islam yang terakhir adalah melaksanakan ibadah haji. Ini dikhususkan bagi orang-orang yang sudah mampu dari segi hartanya.
Perintah melaksanakan haji dalam Al-quran Surat Ali Imran ayat 97:
Sumber: http://www.akidahislam.com/2016/09/5-rukun-islam-lengkap-dengan-penjelasan.html
Semoga bermanfaat. Thanks for reading !
Comments
Post a Comment