Bayar Yuran Pengajian melalui e-KWSP

Assalamualaikum !

Hari ni aku nak share cara bayar yuran pengajian melalui e-KWSP. Untuk yang kali pertama nak bayar yuran pakai KWSP, korang kena pergi kaunter sebab kena hantar dokumen hard copy seperti salinan kad pengenalan, surat tawaran belajar, dan isi borang. Online pun boleh juga buat tapi aku rasa lagi ok kalau kita pergi direct ke kaunter sebab boleh tanya macam2 kan. Hehe. Dan ini kali kedua aku bayar pakai KWSP dan kali pertama buat online sendiri.

KWSP ni ada 2 akaun; akaun 1 dan akaun 2. Akaun 1 memang tak boleh dikeluarkan sampai la habis bersara or tempoh masa yang ditetapkan bagi yang bekerja sendiri. Akaun 2 boleh dikeluarkan tapi atas sebab pendidikan, beli rumah, kos perubatan dan menunaikan haji. Pastikan baki dalam akaun 2 mencukupi ya. For more info boleh buka website KWSP


1. Login e-KWSP. Pastikan ada akaun. Kalau takde, kena create dulu baru boleh login. Klik pada 'Permohonan Baru'.


2. Klik pada 'Pendidikan'.



3. Isi details seperti yang diminta dan tekan 'Terima'. Pastikan maklumat semua betul ya.



Untuk tahu details yuran, login Student Portal dan klik pada 'Bil Pelajar'.


4. Lepas dah isi semua, check maklumat semula kot2 ada yang salah. Bila dah pasti, klik 'Hantar' dan 'Cetak'.


5. Done :)


Boleh check status pengeluaran.


Semoga bermanfaat.

Thanks for reading and have a nice day !

Comments