Assalamualaikum !
Aku sebenarnya kurang suka cerita benda2 heart to heart ni. Kalau cerita pun pada yang betul2 rapat dan percaya je. Ada trust issue sikit. Tapi ini sekadar perkongsian peribadi yang takde kaitan langsung dengan sesiapa. Aku takkan sesekali bercerita tentang apa2 yang berkaitan dengan personal relay kat laman sosial (just want you guys to keep in mind). Masih belum terbuka untuk itu. Maybe sebab belum kahwin kot. Make sense kan. Apa yang aku share basically it's all about me.
Setiap orang pasti ada masanya dia akan menghadapi saat susah atau jatuh. Tak terkecuali benda tu jadi pada aku. Few years back, hidup aku memang agak teruji la. Ujian datang silih berganti. Bila teringat balik aku rasa macam wowwww Alhamdulillah aku berjaya mengharungi semua ujian2 tu tanpa buat sesuatu yang bodoh. Hehe. Ada la sikit rasa bangga kan. Kadang pada setengah orang bila ada ujian, diorang akan buat something macam bunuh diri, rosakkan diri dan sebagainya. Memang terasa perit nak laluinya tapi aku cuba fikir positif. Time will heal everything.
Aku cuba belajar dan tengok balik ke belakang dari sudut positif. Dulu aku tak boleh nak kawal emosi. Cepat panas. Benda kecil pun boleh spoilkan mood aku. Sekarang ni mood swing mampu dikawal la. Dulu aku rasa lagi teruk kot. Tambah pula dengan kerja berurusan dengan orang lagi la aku tak boleh nak tahan. Kerja aku ni deal dengan orang bukan takat office hour je. Malam pun kena 'kacau'. Kadang tu fake sangat tiap2 kali senyum. Haha. Pastu aku tak boleh nak balancekan personal life dan work life. Emosi tempat kerja bawa balik rumah, emosi kat rumah bawa ke tempat kerja. Hampir 2 tahun aku cuba mencari jati diri. Mencari diri aku yang lama sebab aku sebenarnya bukan seorang yang cepat panas. Ada banyak faktor dan itu kesan dari ujian2 yang aku hadapi.
Aku anggap setiap kerja di pejabat dan rumah tu sebagai 1 beban. Beban yang berat sangat dan aku buat semua tu sambil melayan emosi. Mindset tak berapa nak lurus. Aku tahu sepatutnya aku tak boleh buat macam tu tapi sebab terlalu layan emosi sampai aku hilang diri sendiri. Aku dah jadi tak kenal siapa aku. Aku tahu punca tapi masih tercari2 jalan penyelesaian. Aku selalu mengadu pada Allah sebab aku hanya percaya Dia. Tapi hati aku masih tak tenang. Aku masih susah nak berubah. Luaran memang ok je. Tapi dalaman hanya aku dan Allah je yang tahu betapa strugglenya nak ubah diri sendiri menjadi lebih baik. Tapi semua ni takde kaitan dengan orang lain. Semua berpunca dari diri aku sendiri. Macam yang aku cakap tadi aku tahu punca tapi tak tahu jalan penyelesaian.
Makin lama, aku pelan2 belajar untuk lupakan semua benda2 lama. Aku seorang yang sangat sentimental. Aku suka simpan semua yang orang bagi, text, setiap momen akan aku ingat. Tapi start awal tahun 2017, aku cakap pada sendiri jangan terlalu layan emosi. I have to move on. Aku memang nekad nak berubah. Tapi perubahan tu takkan terjadi secara drastik. It takes time. Aku memang delete semua text (text biasa dan whatsapp). Hanya tinggal text dari family, kawan baik dan hal2 kerja. Aku mulakan delete semua tu sebab handphone benda yang paling hampir dengan aku. Conversation dengan orang yang aku rasa tak perlu dikenang aku delete. Serious rasa lega yang teramat sangat.
Pastu aku mula beli buku2 ilmiah. Aku mula layan video2 yang boleh menghiburkan kat YouTube (that was the day when I found out about Gitasav - Indonesian vlogger, blogger. She'd inspired me to become ME today). Aku mula belajar kenal Allah balik walaupun sebenarnya masih lagi dalam proses pengenalan. I've told someone that I'm in a phase of learning and finding myself. It's not an easy thing. Seolah2 macam kau selerakkan puzzle yang dah siap. Nak menyiapkan puzzle tu ambil masa yang lama jadi bila dah selerakkan haruslah ambil masa yang lama juga untuk siapkan semula. Bila buat benda tu, kau kena fokus. Kau hanya aim nak cantumkan semua tanpa ada gangguan dari sesiapa. So it same goes to me.
Dan Alhamdulillah, sekarang aku banyak pandang sesuatu tu dari sudut positif. Walaupun masih ada lubang2 yang perlu ditampal at least I'm trying. Sedangkan iman pun turun naikkan. Apa2 kerja sekalipun aku dah tak anggap sebagai beban. Aku cuba untuk enjoy little things in my life. Aku dah boleh ucap syukur atas apa yang terjadi sama ada baik atau buruk. Aku belajar untuk terima sesuatu tu dengan redha dan ikhlas sebab aku dah mula belajar percaya sepenuhnya pada Allah. Sebelum ni bukan tak percaya tapi masih ragu2. Aku belajar untuk lepaskan sesuatu yang aku tak boleh kawal. Aku belajar untuk hargai apa yang aku ada sekarang. Aku belajar untuk jadi orang yang jalani je hidup tanpa expect apa2.
Bila sebut proses tu maksudnya kita akan lalui banyak langkah. Dan proses tu takkan berlaku dengan cepat dan mudah. Apa yang dah terjadi telah banyak membuka mata aku pasal life. Aku masih muda dan masih banyak yang perlu belajar. Proses belajar takkan pernah habis hingga nafas yang terakhir. Kadang terfikir yang aku ni leka dengan dunia sampai terlupa kejar akhirat. Bila hati aku kosong, aku cuba berbalik pada Allah. Cari 'makanan' rohani. Aku harap proses ni dapat membantu aku untuk jadi seorang yang lebih baik. In Shaa Allah.
Percayalah bahawasanya disebalik ujian atau musibah tu ada hikmahnya. Cepat atau lambat, semuanya akan jadi normal semula. Kalau ujian2 tu tak jadi pada aku dulu, aku tak tahu sekarang aku jadi orang yang macam mana. Mungkin masih hanyut. Sekarang aku pelan2 cuba untuk kawal emosi supaya tak jadi macam dulu dah. Aku cuba untuk balancekan segala2nya dan organize few things. Bila kita sendiri, kita jadi lebih kenal diri dan tak terlalu harap pada orang. Dan aku bersyukur semasa proses tu aku lalui sendiri. Aku dapat tahu kelebihan dan kelemahan diri sendiri. Actually aku takde la lalui betul2 sendiri sebab Alhamdulillah I've family and good friends tapi most of the time I'm facing it alone. Yeah it's quite tough but hey i did it :P.
Setiap orang punya pendekatan berbeza. Mungkin dengan sharing dia akan lebih happy dan lega. Aku tak suka sharing tapi selalu ignore. Ahh lantak la. Kisah pulak aku. Haha. Macam tu la lebih kurang ayat nak melegakan diri.
Apa yang dapat disimpulkan:
1. Percaya sepenuhnya pada Allah
2. Let go of things that you can't control. It's ok kalau orang cakap kita selfish sebab yang jalani hidup ni ialah kita. Yang nak bahagia ialah kita.
3. Smile. Sometimes we don't need a reason to smile. Serious it does help me.
4. Percayalah cepat atau lambat, everything is gonna be ok and normal.
5. Be grateful. Count your blessings.
6. Accept and love yourself first.
7. Know your limit.
8. Niat buat sesuatu Lillahita'ala. Serious automatik segalanya akan jadi mudah.
I think that's all. Semoga bermanfaat because I'm just sharing what I'm doing :).
Salam Awal Muharram 1439H.
Thanks for reading !

Comments
Post a Comment