Assalamualaikum !
Sejak kebelakangan ni hidup aku busy sangat. Tak terhenti ditempat kerja, dirumah pun tak pernah habis kerja. Mungkin itu sebabnya kenapa aku suka sangat buang masa scroll sesuatu yang tak berfaedah dan tonton YouTube instead of study.
Firstly aku akan story kisah hidup aku sejak akhir2 ni. Musim umrah telah pun bermula pada awal November baru2 ni. Jadi workload makin bertambah sebab jumlah jemaah untuk departure Nov & Dis hampir 600 orang. Dan boleh dikatakan 70% kerja2 berkaitan umrah dibawah tanggungjawab aku. Otak memang tepu la sebab offline dan online busy. Waktu bekerja memang aku tak boleh nak fokus kalau ada yang text personal bukan pasal kerja. Seperti post sebelum ni aku akan utamakan text berkaitan kerja dulu unless urgent.
Setelah selesai waktu bekerja, aku kena settlekan kerja rumah pula. Memang aku bujang tapi tanggungjawab aku kat rumah ni macam orang dah kahwin. Haha ok over. Perempuan biasa la. Sampai bila2 pun takkan habis buat kerja rumah melainkan upah maid. Boleh la goyang kaki. Orang lain punyai cara berbeza untuk melepaskan stress. Tapi aku cukup hanya dengan duduk sorang2 dan layan YouTube atau buat la apa2 pun asalkan sorang. Salah satu faktor kerana waktu bekerja aku dah banyak habiskan masa dengan ramai orang jadi aku perlukan me time. I'm done with people. Begituuuu.
Kehidupan harian yang aku jalani sekarang ni membataskan aku untuk tidak memikirkan pasal 'orang lain'. Aku tak peduli pasal apa orang nak cakap sebab aku tak rasa gembira bila aku buat atau fikir pasal tu. Otak aku dah penuh dengan kerja sebab lepas habis waktu bekerja, aku masih 'diganggu' lagi2 waktu peak season. Selain dari tu, aku busy dengan rutin harian lain. Aku tak suka dipaksa dan ditekan2. I need my own space. Dan aku berhak untuk memilih sesuatu dalam hidup aku. So stop forcing me because honestly I really hate it unless its good for me but then ok la. Tetiba emo. Bahahahaha. Tapi serious weh. Otak aku tepu. Pack sangat sampai aku jadi blur, terpaksa buat to-do list dan rasa sehari tak cukup 24 jam sebab kerja kat ofis banyak gila. 9am-6pm macam tak cukup dan aku tak suka OT melainkan terpaksa. Kalau malam, anggaran masa untuk fokus hal study dalam 2 jam je.
Aku bersyukur sangat sebab busy. At least aku tak bazirkan masa untuk buat atau fikir sesuatu yang tak beri manfaat pada diri sendiri.
Aku bersyukur sangat sebab busy. At least aku tak bazirkan masa untuk buat atau fikir sesuatu yang tak beri manfaat pada diri sendiri.
--------------------
Hari ni kelas ke 3. Kelas ke 2 ponteng. Aku dah gerak ke KL malam tadi dan bermalam dirumah member. Kerana aku lebih sayangkan tidur, 1st class pagi tadi ponteng dan 2nd class masuk lambat. Around 20 minutes kot. Ok whatever. November is so hectic, jadual penuh. 2 kali weekend aktiviti full. Bila masuk kelas rupanya banyak yang aku lost. Dan aku dah tak boleh buang masa lagi kalau tak banyak benda yang tak boleh siap. Aku rasa sedih bila masuk kelas dengan otak kosong lagi2 subjek Arab. Aku sedar yang aku perlu buat sesuatu.
Kerja2 yang perlu diselesaikan:-
1. Soalan dalam idiscuss subjek MGT538 banyak gila yang tak terjawab dan aku wajib siapkan dalam minggu ni kalau tak kena bar.
2. Buat skrip Arab.
3. Cari journal untuk group assignment subjek MGT538.
4. Brainstorm salah 1 syllabus untuk subjek MKT542 (group assignment).
5. 17.11 (Jumaat) ada online test subjek MGT538 bermula jam 9pm-11pm.
6. Pagi 18.11 (Sabtu) ada shooting video Arab.
7. Pagi 19.11 (Ahad) ada seminar untuk subjek MGT538. Akan jemput 2 orang speaker. Mungkin dalam petang habis kot.
8. Kalau habis awal mungkin petang tu shoot video untuk group assignment MGT538.
9. 19.11 (Ahad) ada online test subjek MKT542.
10.25.11 (Sabtu) ada community service di rumah anak yatim dari pagi sampai petang.
11. 26.11 (Ahad) akan bertolak ke Medan sebagai tour leader. Sepatutnya ada kelas tapi terpaksa la ponteng.
12. Submit test 1 subjek FIN533. Since tak boleh datang jadi mungkin aku akan siapkan awal.
13. Listening test untuk subjek Arab tapi mungkin buat masa last class kot. In Shaa Allah.
14. Last class kena submit group assignment untuk subjek FIN533 dan MKT542
15. Buat slide presentation.
15. Buat slide presentation.
Minggu ni aku memang kena fokus 100% pasal study. Dah tak boleh nak berlengah sebab banyak benda nak kena settlekan sebelum hari minggu ni. Aku memang kena push diri sendiri tak kira apa jadi dan cuba buat sehabis baik. Biar badan dan otak letih janji kerja beres. Lagi letih buat kerja last minute. Tak kira la berapa sem telah berlalu, that bad attitude masih melekat dalam diri. In Shaa Allah pelan2 berubah.
Lepaks di student lounge. Haih laaaa. Dia punya sejuk tu tahap menggigil.
At the end of my day, I still can sleep well. Alhamdulillah.
P/s: Sebelum gerak balik Temerloh, minyak tinggal 2 bar. Pastu isi la RM30 dan naik lagi 2 bar. So total ada 4 bar (ok macam korang tak reti kira je. Huhu). Dah sampai Temerloh minyak masih lagi 4 bar. Soooooooo jimat. Tips jimat minyak ialah drive slowly. Atau depends pada jenis kereta kot. Aku drive manual je.
Thanks for reading !
Comments
Post a Comment