Dengan izin Allah

Assalamualaikum !

Pekerjaan sekarang menuntut aku untuk perlu berurusan dengan ramai orang hampir setiap hari. Bukan sekadar duduk menghadap pc. Apa yang membezakan ialah aku tidak perlu keluar untuk bertemu dengan orang2 baru demi membuka minda melihat kepelbagaian ragam manusia. Jemaah ini yang dianggap sebagai orang baru datang kepejabat dengan membawa bermacam latar belakang, personaliti, pe’el. Dari mereka aku dapat belajar sesuatu, baik positif mahupun negatif. Dari mereka aku dapat belajar lebih mengenai diri sendiri. Dari mereka aku dapat membentuk diri untuk jadi seperti apa. Jika disenaraikan, hampir setiap hari ada saja kisah pengajaran yang dapat aku jadikan teladan. 

Sewaktu aku menguruskan jemaah yang akan berangkat pada bulan Nov dan Dis tahun lalu, tahap kesabaran dan emosi acap kali teruji. Data jemaah yang berdaftar dimana jumlahnya hampir mencecah 600 orang perlu aku simpan rapi dalam kepala. Bila2 masa sahaja aku akan ditanyakan soalan mengenai jemaah tersebut walaupun waktu bekerja sudah habis. Jadi aku perlu sentiasa bersedia meskipun terkadang tidak tepat dalam memberikan jawapan. Aku perlu menjadi seorang yang serba tahu walaupun pada hakikatnya aku tak tahu.

Aku beruntung dan bersyukur dengan pekerjaan sekarang. Bila2 masa je aku boleh minta tolong orang mendoakan aku memandangkan doa di tanah suci lebih mudah termakbul. Jika ditanya apa yang ingin didoakan, dengan pantas aku menjawab doakanlah agar aku dapat ke sana. Selain doa dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan dan dikurniakan kesihatan yang baik. Bukan untuk berlagak sombong tapi aku tak pernah minta didoakan agar dikurniakan jodoh walaupun seringkali diusik oleh orang sekeliling. Jika ada yang ingin mendoakan, aku tidak menghalang. Cuma buat waktu ini aku merasakan ianya bukan satu keutamaan. Jika aku berpeluang kesana, biarlah aku sendiri yang meminta pada Allah. Urusan seperti jodoh, rezeki dan ajal aku serahkan sepenuhnya pada Allah kerana Dia lebih Maha Mengetahui dan ianya diluar bidang kuasa aku. Saat ditanya bila giliran aku akan kesana, sungguh aku tiada jawapan. Memang benar aku perlukan mahram kerana wanita bawah 45 tahun tidak dibenarkan pergi sendirian. Aku merasakan mahram bukanlah faktor utama sebab kenapa aku belum dipilih. Jika difikir secara logik, setiap doa di tanah suci akan dimakbulkan. Tak mungkin Allah tidak memakbulkan satu pun doa dari orang2 yang mendoakan aku. Aku juga selalu berdoa agar dapat ke sana.

Tiada satu pun perkara di dunia ni berlaku tanpa izin Allah. Tapi satu hal yang perlu diingat, usaha dulu kemudian tawakal. Jika masih belum berlaku mengikut apa yang dirancangkan, itu kerana sama ada Allah memang tidak izinkan ianya berlaku atau memang belum waktunya. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah. Jangan bersangka buruk dengan Allah. Setiap kali berjanji atau merancang nak buat sesuatu, ucaplah In Shaa Allah (jika Allah mengizinkan).

Semoga Allah izin dan permudahkan urusan kita semua untuk ke tanah suci. In Shaa Allah.

Thanks for reading !

Comments

  1. amin.. insyaAllah, akak permudahkan urusan org nk pergi umrah dgn pelbagai ragam, 1 day insyaAllah ada rezeki pergi sana.,

    ReplyDelete

Post a Comment