Assalamualaikum !
I’m freeeeeeeeee. Yeayy ! Akhirnya selesai sudah part 4. Hari yang ditunggu2. Semoga segalanya berjalan dengan lancar. In Shaa Allah. Aku buat esei dengan sepenuh hati masa last paper. Dia punya sepenuh hati tu sampaikan aku pun tak faham apa yang ditulis. Apa yang terlintas dikepala aku curahkan segalanya diatas kertas. Moga lecturer memahami kesungguhan aku kerana sesungguhnya aku berusaha untuk tak nak tinggal tempat kosong walaupun tak tahu jawapan. Merapu je lebih. Pertama kali exam 2 paper membuatkan aku betul2 kurang tidur. Aku mula study lepas Maghrib kemudian berhenti untuk tidur pada jam 11 lebih. Dapat la tidur dalam 2 jam. Kemudian dalam jam 1 lebih aku bangun dan sambung semula study. Member aku masih gigih mentelaah tanpa henti. Kerana sesungguhnya aku bukanlah manusia yang boleh stay tak tidur semata2 nak study unless kalau betul2 terpaksa. Aku lebih sayangkan tidur dari segala2nya. I don’t care about the world. Haha.
Beberapa hari sebelum exam tu aku ada la buat senaman. Tak stretching apa terus je lompat tali skipping. Memang terkejut la urat kan. Haha. Masa final tu aku tak boleh nak jalan normal. Tiba2 teringat tongkat kerusi bos aku. 2 2 urat betis bengkak kot jadi pergerakan aku agak terbatas. Terhencut2 je jalan. Dah letak koyok tapi macam takde perubahan. Pastu tiba2 pula sem ni tempat exam lain2. Lepas habis paper pagi terus gerak pergi tempat exam paper petang. BANYAK GILA TANGGA. Struggle aku. Cari penyakit betul la. Haha. Tiba2 kau rajin nak senaman bagai. Nak amalkan gaya hidup sihat tak kena cara dan masa. Kereta pula manual. What a life. Tragis betul hidup aku waktu tu.
Semoga result aku baik2 saja. Selamat bercuti.
Thanks for reading !

Comments
Post a Comment