Final Exam Part 4

Assalamualaikum !

Pada 14 Jan yang lepas aku telah selamat jawab 1st paper untuk final part 4. Yeayyy Alhamdulillah. Memandangkan carry mark tak berapa nak tinggi sebab ada test yang tak hantar, jadi aku pun berharap boleh lulus je la. Orang lain dok kira jawapan tapi aku dalam masa yang sama dok busy kira berapa kena score supaya lulus. Bahahahaha. Oh hari tu aku exam subjek Personal Financial Planning. 

Kemudian, jumaat yang lepas aku nak print la exam slip. Banyak kali buka student portal tak lepas. Keesokkan harinya aku cuba lagi dan masih sama. Lalu terbaca notis system akan ditutup. Dan2 la. Hari sabtu jam 3 petang baru ok. Tapi sampai ke malam tak boleh. Aku relaks lagi sebab dalam kepala fikir ok benda ni boleh settle. Esoknya nak exam kan. Malam tu aku fikir macam mana nak print slip tu. Merata la aku bagi member no id dan password student portal sebab nak suruh diorang tolong printkan. Hehe. Lalu tiba2 muncul la idea. Aku suruh member forward slip dia kat email dan suruh member yang lain convert slip tu dari pdf ke word dan edit details sebab dia masih ada kat office. Bila dah siap, aku email pada member lain untuk print. Thanks guys.

Next paper pada 23 Jan. 1st time ada 2 paper dalam sehari. Dan aku sempat merasa exam pagi 1 paper masa 1st sem dulu. Semoga semuanya dipermudahkan untuk next exam. In Shaa Allah. Makin lama makin tak ambil serius dengan study. Jauh dah lari niat ni. Ubat pensel picit tu memang ngam2 ada sebatang je dalam pensel. Nasib baik member ada bawa lebih. Pemadam pun dok harap yang ada pada pensel tu je la. Liquid paper tak beli. Exam slip last minute print. 2 subjek ada test yang tak jawab menyebabkan carry mark rendah. So good luck D ! Nama lecturer je tak pernah tak lupa salin.

Ok mahu zzzzz.

Thanks for reading and have a nice day !

Comments