Umur hanya angka

Assalamualaikum !

Bercerita soal umur, tahun ni aku dah 25. Typical malay bila umur dah masuk pertengahan 20an, topik perkahwinan akan menjadi pertanyaan & bualan utama. Seolah2 tiada lagi pertanyaan lain yang boleh memberi motivasi agar lebih semangat menjalani hidup. Ditambah pula sudah mempunyai pendapatan sendiri. Umur sekian2 dah kena beli kereta, beli rumah. Buat itu dan ini. Tapi aku tak ambil peduli kerana yang nak menjalani hidup aku ialah aku sendiri. Yang nak bayar itu dan ini ialah aku. Demi memenuhi social standards, aku pasti ramai yang ‘terkorban’. Semakin meningkat dewasa aku jadi macam dah tak kisah pasal banyak benda.

Apa yang dirancang 7 tahun lalu tidak menjadi kenyataan. Aku sudah merancang dengan rapi pada umur berapa aku patut habis belajar, mula kerja, kahwin, punya anak, beli kereta, beli rumah, dan bermacam lagi. Oleh kerana aku seorang yang agak ambitious, jadi segalanya sudah dirancang dengan rapi tapi malangnya tiada satu pun menjadi realiti. Haha. What a life. Aku sedar mengenai kenyataan umur hanya sekadar angka setelah aku sambung PJJ dan aku perlu jadi seorang yang realistik bila merancang sesuatu.

Sewaktu sekolah dulu tak pernah terlintas difikiran aku akan belajar PJJ. In fact aku tak pernah tahu pun PJJ ni wujud. Mengikut perancangan waktu sekolah dulu, umur 23/24 mesti dah habis Degree. Tapi bertukar dimana pada umur 23 aku buat keputusan untuk mula sambung Degree. In Shaa Allah dijangkakan habis dalam umur 27 jika tiada masalah. Aku tak pernah sangka akhirnya aku akan menjadi pelajar PJJ. Disaat kawan2 aku dah habis belajar, aku baru nak mula. Disaat kawan2 aku sudah melangkah ke alam perkahwinan, aku masih bujang. Disaat kawan2 aku sudah punya kehidupan yang stabil, aku masih tercari2 arah tuju. Pada awalnya aku agak terasa ketinggalan tapi setelah difikir2 aku dan mereka hidup di muka bumi yang sama tapi berbeza latar belakang, perjalanan hidup, cara fikir dan sebagainya. Jadi kenapa aku perlu rasa ketinggalan ? Tak patut untuk aku bersaing sedangkan zon masa setiap orang itu berbeza. Jadi aku hanya go with the flow dan nikmati proses itu sebaik mungkin. Aku bersyukur dengan setiap apa yang jadi dalam hidup walaupun sekecil2 kejadian.

 Aku yakin setiap apa yang dah ditetapkan oleh Allah tu pasti ada baiknya. Donald Trump umur 70 baru dapat jadi presiden. Obama umur 50an dah pencen. See ? Setelah apa yang jadi aku belajar untuk tidak menjadi seorang yang terlalu ambitious dan realisitik dalam merancang sesuatu. Hidup manusia telah disusun dengan sangat sempurna oleh Allah. Apa yang Allah aturkan tu pasti jadi tepat pada masanya. Jadi tak perlulah risau. Jalani hidup tanpa tidak terlalu berekspektasi. Aku tidak meletakkan limit umur berapa aku perlu capai sesuatu. Itu bukan bermaksud aku tiada matlamat, cuma aku tak nak rasa terbeban dengan sesuatu yang aku sendiri pun tak pasti. Jika rasa nak mulakan sesuatu, just do it. Percaya dengan kebolehan diri sendiri.

Thanks for reading !

Comments