😊 💪
Sebenarnya aku jenis orang yang bila rasa nak buat sesuatu, aku buat je. Tapi bila aku ada sesuatu nak cakap, aku jadi teragak2. Akhirnya aku pendam. Aku tak tahu bila benda ni bermula tapi bila aku rasa nak cakap atau buat sesuatu, I’ll just do it. Mungkin kerana aku ikut rule no 2 kot. I don’t care about people dan apa orang fikir pasal aku bukan lagi menjadi urusan aku. I don’t live to impress people. Apa yang terlintas dalam kepala otak dan hati, aku akan luahkan. Aku slowly jadi berani. Lama2 aku jadi tak boleh simpan. Nanti bermain2 je dalam kepala dan aku tak suka. Aku kena keluarkan. Tapi bergantung kepada situasi la sebab kadang2 ayat aku ni boleh tahan bisa juga. Hehe. Pada aku biasa je tapi pada orang lain luar biasa. Itulah salah satu sebab kenapa aku banyak diam sebab takut terlepas cakap. Masih belum sampai ke tahap seorang yang outspoken. Maybe one day (?)
Jadi maaf andai aku ada terlepas cakap sesuatu yang menyakitkan hati atau buat korang terasa. Aku hanya nak bagi peluang pada diri aku untuk jadi diri sendiri dan kikis sikap suka pendam.
Thanks for reading !
Comments
Post a Comment