Part 5

Assalamualaikum !

Alhamdulillah sekarang aku dah part 5. 2 tahun setengah dah belajar. Masih berbaki 4 sem (part). Lebih kurang 2 tahun. Tapi aku tak nak fikir berapa tahun lagi nak habis sebab rasa lama je 2 tahun tu. Bila fikir ada lagi 4 sem rasa macam ok tak lama dah. If you know what I mean. 

Semalam kelas ke 2 untuk sem ni. 1st class aku ponteng. Hehehe. Tiap2 sem akan ambil 4 subjek sebab stay jauh dan status kewangan tidak mengizinkan. Tambahan pula masa agak mencemburui kalau ambil banyak subjek. Sem ni agak best sebab ada 2 paper je final. Tapi tak best juga sebab subjek yang takde final banyak pula assessment-nya. Alahai. Makin lama belajar, makin malas. Aku ke kelas dengan otak kosong. Dalam kepala aku langsung tak terlintas pasal subjek apa yang aku akan belajar kecuali terfikirkan ada test English. Nasib menyebelahi aku kerana test tunda ke kelas ke 3. Pheww. Tak study apa pun. Satu2nya buku yang aku beli ialah buku English. Notes langsung tak print. Pen yang ada pun hidup segan mati tak mahu sebab dari 1st sem tak pernah ganti. Lihatlah dunia betapa jarangnya aku menulis sepanjang bergelar seorang pelajar. Haha. Pemadam pun guna yang ada kat pensel picit je.

Meskipun aku tersangatlah malas, semangat belajar naik turun (sedangkan iman pun naik turun auchh), rasa susah dan letih sampai nak nangis, result naik turun, lost sana sini tapi sekali pun tak pernah terfikir nak berhenti belajar. Hal ini kerana, aku yakin dan pasti rasa menyesal tu akan menyelubungi seluruh hidup aku di kemudian hari. Susah dan letih macam mana pun aku hadap dan telan je sebab aku tahu susah sekarang senang kemudian. Aku fikir yang penting habiskan je apa yang aku dah mulakan. Jika ditanya, adakah aku nak sambung Master ? In Shaa Allah. Jika ada rezeki dan peluang why not kan kalau cuba. Aku tak pernah rasa masa dan duit yang aku habiskan masa degree ni sia2 dan merugikan. I am really proud with myself 💪. Good job Adhura 😘.


Luncheon

Thanks for reading !

Comments