Seminar 3 Part 5

Assalamualaikum !

Ketika aku mula menaip, jam menunjukkan pukul 12.43 pagi. Aku baru sahaja selesai memanfaatkan fungsi otak. Rabak. Ternyata ada assignment yang perlu disiapkan dan hantar pada seminar 3 yang mana baru sahaja berakhir 43 minit yang lepas. Madam tidak menyatakan sehingga jam berapa jadi kami semua mengandaikan sehingga jam 11.59 malam dikira seminar 3. Aku hantar jam 12.08 pagi melalui iclass. 

Kali ni aku tak hadir ke seminar 3 dengan otak kosong. Ok bagus ada peningkatan. Bila kawan tanya ada ke assignment individu yang perlu dihantar ? Maka dengan yakinnya aku jawab tiada. Dalam kepala aku hanya terfikirkan test ELC dan hantar assessment Arab. Itu pun tak buat 😛. 1st class cancel sebab lecturer ada hal. Jadi kitorang gunakan waktu tu untuk bincang group assignment di McD. Tempat paling ideal. Oh ya nanti jangan lupa follow ig kitorang. It’s a part of our group assignment. Support la bangsa Melayu sikit. Bahahaha tetiba. Tak sangka aku jadi sangat produktif pagi tu walaupun tidur2 ayam je malam sebelumnya. Sumbang secebis idea = produktif. 

Sementara menunggu ketibaan kawan lagi sorang, berbuallah kami 5 orang mengenai assignment yang perlu dihantar pada seminar 3. Ternyata rupanya banyak lagi assignment subjek lain yang aku tak buat. Relaks habis. Cuti 2 minggu buat apa Adhura ? Nasib baik aku tak dengar kata hati untuk ponteng kelas. Kalau tak memang tak tahu apa2. Betapa tertinggalnya aku jauh dibelakang ibarat si arnab dan si kura2. Obviously aku la si kura2 itu. Tapi kali ni plot twist dimana si kura2 tak pernah sempat kejar si arnab. Haha. Setelah selesai berdiskusi selama hampir 2 jam, maka kami pun beredar. Tapi sebelum tu take away McD mix & match. Ntah la. Pesan kopi tapi dapat teh. Padahal aku je yang order kopi waktu tu. Habis buat apa bagi krimer (aku tak minum kopi hitam). Dah sampai U baru aku perasan salah air. Nasib baik teh sedap dan harga sama.


Nama group Marcomm: The Pakcik's Girls 😁


Luncheon

Test ELC boleh tahan mencabar. Aku sebenarnya migrain + lapar. Memang otak aku tepu la. Kebetulan tengah mental breakdown. Tiba2 macam ok kena professional. Ketepikan hal peribadi dan fokus pada test. Test berlangsung selama 1 jam setengah. Aku rasa lebih setengah jam aku tenung kertas tu. Sis lost ditengah kedamaian kelas. Aku tak pandang pun kiri kanan. Cuba fokus dan selami maksud tersirat article tu. Abende la yang author ni cuba nak sampaikan pada aku. Ayat dah la pusing2. 12 soalan refer pada 1 article 3 page. Tapi aku boleh nampak la dari tepi kawan aku dah start flip kertas dan menulis. Aku dah tak senang duduk walaupun keadaan aku statik je waktu tu. Aku masih lagi kejap pegang pen, kejap pegang pensel. Tulisnya tak pun. Haha. Siap susun highlighter lagi. Gaya je lebih. Mula2 aku jawab soalan objektif dan soalan yang tak memerlukan aku fikir lebih2. Otak aku tepu lagi. Bila sir sebut tinggal lagi 45 minit, perlahan2 otak aku kembali berfungsi. Sebab dia dah mula cuak. Walaupun aku tak pasti jawapan tu betul atau tak at least aku ada idea untuk hantam berbanding mula2 tadi. Nak hantam pun tak reti sebab otak kosong. Setelah selesai test tu, terus rasa lega. Markah belakang kira. Kelas Arab macam biasa la ustaz ajar kat depan memang aku tak faham la. Belajar untuk exam je Arab ni. Hehe.

Perut aku dah berbunyi2 minta diisi. Gastrik dah menyerang. Balik dari kelas pergi festival makanan Thai di Setiawangsa. Best gila. Terus aku teringat saat2 sewaktu di Krabi. Nak nangis rasa bila tengok sotong bakar. Haha. Ya Allah terliur weh. Aku beli la kerabu sotong (RM7) dan bihun tomyam (RM8). Why so mahallll 😭 ?? Dah la perut kosong pastu makan pedas. Perfect. Aku agak berdrama sikit. Tak habis2 rasa nak nangis. Bersyukur dapat makan ke, bersyukur reunion dengan sotong macam kat Thailand ke (macam kat Malaysia sotong tak wujud je), bersyukur masih diberi nikmat ke, aku pun tak pasti. Apa yang pasti lepas makan aku kenyang. Alhamdulillah. Aku memang suka gila seafood. Senang cerita apa yang sedap semua aku telan. Senang je nak jaga. Tak cerewet makan. Eh. Haha.


Sekali pandang macam nangka. Lol


Sedap gilaaaaa *nangis*

Memandangkan aku dah macam zombie sekarang dan esok pagi nak gerak balik Temerloh dan terus masuk office, maka aku nak tidur. Byeeeee.

Thanks for reading !

Comments