Assalamualaikum !
Wahai umat Islam sekalian, esok dah puasa. Yeayyyy. Alhamdulillah masih dipanjangkan umur untuk menyambut kedatangan bulan paling mulia, Ramadhan. Selain daripada berniat untuk meningkatkan ibadah dan berusaha untuk menjadi lebih baik, aku juga berniat untuk meng’kurus’kan apa yang perlu. Orang lain makan naik berat badan tapi aku makan naik berat muka. Tak tahu la nak rasa apa. Rasa bersyukur je la. Dan sebenarnya aku tak bersedia sepenuhnya menyambut bulan mulia ni tapi aku pun pelik apa yang tak sedianya. Haha. Puasa je la macam biasa kan. Hek elleh. Mungkin kerana orang lain dah sibuk cari baju raya sebelum puasa lagi tapi aku masih relaks dan tak fikir pun apa tema raya tahun ni. Memandangkan aku jenis tak kisah, mungkin akan recycle baju tahun sebelumnya #jimat. Itulah untungnya beli baju kurung biasa kerana ianya tidak lapuk dek zaman. Haha. Pakai la 20 tahun akan datang pun takde hal. Dan mungkin juga kerana kena bangun sahur.
Ok berbalik kepada tajuk utama, sebagai surirumah aku dah beli barang dapur siap2 2 hari lepas. Stok untuk bulan puasa selama seminggu. Aku dah kerja hampir 4 tahun. Soalan paling complicated dalam dunia bila tibanya waktu lunch ialah ‘nak makan kat mana ?’. Tapi tanpa office mate aku ketahui, balik rumah je aku kena perah otak untuk fikir soalan lain pula iaitu ‘malam ni nak masak apa ?’. Dengar ayat macam terer masak je. Haha. Kadang ada yang jadi dan ada yang tak. Biasa la dalam hidup kena ada naik turun. Itu proses pembelajaran namanya. Tapi abah aku bagus. Dia telan je walaupun kadang2 banyak juga kritik. Aku ambil kritikan itu sebagai pemangkin semangat untuk lebih berhati2 sewaktu memasak dan berusaha meningkatkan mutu masakan. Walaweh dah macam masuk pertandingan masak je. Lepas tu tadi aku dah blender siap2 bawang merah, bawang putih dan halia. Bila nak masak campak je dalam kuali. Senang sahaja. Sama seperti tahun sebelumnya, bila berbuka tu aku akan masak banyak sekaligus untuk bersahur. Bangun sahur tinggal panaskan je. Dan sebagai surirumah pastinya anda pening kepala fikir nak masak apa kan selama bulan puasa ni. Jangan risau kerana cik Google sentiasa ada ketika diperlukan.
Dibawah ni aku kongsikan link2 menu berbuka puasa. Mungkin boleh membantu memberi idea. Nak bantu masak tu tak la kan. Hehe. Bantu tolong carikan menu je.
30 idea menu berbuka puasa
40 inspirasi menu berbuka puasa selera tempatan
20 menu berbuka puasa
69 resepi menu buka puasa (ok menu yang ni cukup untuk sahur + berbuka siap boleh sambung untuk puasa sunat pula. Punya la banyakkan menu Indonesia ni)
Selebihnya boleh google sendiri ya.
Dibawah ni aku kongsikan link2 menu berbuka puasa. Mungkin boleh membantu memberi idea. Nak bantu masak tu tak la kan. Hehe. Bantu tolong carikan menu je.
30 idea menu berbuka puasa
40 inspirasi menu berbuka puasa selera tempatan
20 menu berbuka puasa
69 resepi menu buka puasa (ok menu yang ni cukup untuk sahur + berbuka siap boleh sambung untuk puasa sunat pula. Punya la banyakkan menu Indonesia ni)
Selebihnya boleh google sendiri ya.
Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua umat Islam. Dengan rendah dirinya aku ingin minta maaf andai ada terbuat salah dan tersinggung mana2 pihak dalam penulisan aku. Dan aku pun dah maafkan semua orang. Boleh jadi mungkin ini adalah Ramadhan terakhir buat aku dan kita semua. Kalau bulan lain amalam kita biasa2 je, jadi bulan mulia ni kita tingkatkan la menjadi luar biasa dan cuba kekalkan sampai bila2. In Shaa Allah semoga dipermudahkan. Niat tu yang penting. Banyakkan berdoa, istighfar, berzikir dan kurangkan cakap, dengar atau tengok benda2 yang boleh mengurangkan pahala. Selamat berpuasa dan selamat bersahur. Jangan terlajak pula. Terlajak bangun takpe, jangan terlajak makan bila matahari dah atas kepala.
Jika berkelapangan, boleh baca ni untuk tambah ilmu.
Semoga bermanfaat dan semoga kita semua sentiasa berada didalam lindungan Allah. In Shaa Allah.
p/s: Selamat hari guru diucapkan buat semua guru2 yang telah berjasa dalam mendidik anak bangsa. Jasa anda akan dikenang selamanya.
Thanks for reading !
Comments
Post a Comment