Assalamualaikum !
Hari ni untuk pertama kalinya aku menjalankan salah satu tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. Ahaks. Tahniah pada semua yang sudah menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia untuk pergi mengundi. Waktu post ini ditaip, keputusan akhir belum keluar dan tak tahu siapa yang menang. Pada yang menang tu, tahniah dan yang kalah boleh usaha lagi. Aku bukan nak bercakap soal politik kerana isu ini agak sensitif tapi berdebar juga la tunggu keputusan siapakah yang akan ambil alih pentadbiran Malaysia. Wuuuu. Siapa sahaja yang menang buatlah yang terbaik untuk rakyat dan negara.
Baru2 ni ada sesuatu yang terjadi pada aku. Apa yang jadi tu agak mencabar ego sampai membuatkan aku tersedar dan tak hanyut dikawal emosi. Cewahh. Tapi aku selalu tanam dalam kepala setiap apa yang jadi pasti ada hikmahnya tak kira seteruk apa pun keadaan. Memang kena paksa diri untuk sentiasa fikir positif. Dengan terjadinya perkara itu, aku cuba untuk tak nak salahkan sesiapa sebaliknya tengok pada diri sendiri. Pasti ada salahnya pada aku juga sebab pokok takkan bergoyang kalau tiada angin. Dari situ aku belajar untuk cuba tak nak ulangi kesilapan yang sama. Dan aku memang tak menyesal dengan tindakan aku. Kalau apa yang aku rancang tak jadi seperti apa yang aku nak, itu bermaksud ada sesuatu yang tak kena dengan aku. Bukan orang lain. Jadi aku harus refleks diri. Memang akan kecewa. Normallah manusia. Tapi dari situlah akan wujudnya pilihan sama ada ke arah positif ataupun negatif. Didik diri untuk sentiasa tengok pada diri sendiri dulu dan baru tengok orang lain.
Pernah terfikir tak kalau takde ujian/dugaan, kita akan rasa selesa yang teramat sangat dengan hidup. Tak rasa bersalah buat dosa sebab cara manusia tegur dengan Allah ‘tegur’ lain. Itu apa yang aku rasa. Bukan nak kata aku suka ditimpa ujian tapi sekurangnya aku tahu Allah tu sayang aku sebab tu Dia jatuhkan ujian supaya aku sentiasa beringat dan dapat jauhkan diri dari buat benda2 tak elok. Bila kena ‘tegur’ dengan Allah barulah sedar diri. Jangan mengeluh dengan setiap ujian/dugaan sebab disebaliknya pasti ada sesuatu yang Allah nak tunjuk. Terima dengan hati yang terbuka, redha dan bersangka baik dengan Allah because He knows the best.

Thanks for reading !
Comments
Post a Comment