Alhamdulillah

Assalamualaikum !

Pada 18-21 Julai aku telah ke Padang-Bukittinggi, Indonesia selama 4 hari 3 malam. Baru sahaja mendarat di KLIA2 jam 1.40pm tadi. Diantara banyak2 trip backpacking, boleh dikatakan ini adalah trip yang paling bermakna dan meninggalkan kesan. Seperti biasa aku kesana tanpa menggunakan sebarang agen/guide. Meskipun aku sudah menyusun itinerari dan buat research itu dan ini tapi itu tidak menjamin apa2. Macam2 boleh jadi dan mungkin apa yang aku baca di internet tidak sama seperti apa yang aku bakal alami. Bila menggunakan guide, sudah pasti ada seseorang yang akan menunggu dan membawa kita kemana sahaja yang diarahkan. Kerisauan pertama aku bila melancong secara backpacking adalah pengangkutan untuk ke satu tempat. Jika ke bandar besar yang mudah dan lengkap sistem pengangkutannya seperti train, bas, Grabcar dan lain2 memang tiada masalah. 

Trip aku berubah 360 darjah selepas aku pesan Grabcar untuk ke satu tempat ini. Memang langsung tidak disangka. Kuasa Allah itu memang tidak dapat ditandingi oleh apa dan siapa pun. Aku tersangat bersyukur dengan setiap apa yang jadi sepanjang trip ini. Selamat pergi dan balik tanpa mengalami sebarang kesusahan di negara orang. Alhamdulillah. Sekarang aku dalam perjalanan pulang ke Temerloh menaiki bas. So it’s time to sleep. Hehe. In Shaa Allah aku akan kongsi seluruh kisah trip  yang sungguh bermakna ini di post seterusnya.


Tasik Maninjau

Thanks for reading !

Comments