Life lessons

Assalamualaikum !

Sejak akhir2 ini Allah telah menunjukkan banyak bukti kepada aku mengenai makhluk bernama manusia. Selama ini aku hanya dengar dari orang lain mengenai manusia yang berperibadi sebegitu. Kali ini terkena sendiri pada aku. Sungguh luar jangka. Ujian datang dalam pelbagai bentuk. Aku jadi manusia tabah kerana ujian. Baru2 ini ada berlaku kejadian yang  berkait rapat dengan orang yang aku kenal. Ada 2 kejadian dimana satu berlaku secara terang2an dan satu lagi secara halus. Jujur sehingga sekarang aku tak faham apa punca yang membuatkan manusia itu bertindak sedemikian. Sejahat2 aku atau sebenci apa pun pada seseorang itu langsung tidak pernah terlintas di fikiran untuk bertindak sebegitu. 

Kejadian pertama berlaku secara terang2an. Jika difikir secara waras, memang tidak sepatutnya ia berlaku. Hingga sekarang aku masih belum faham kenapa dia sanggup buat sampai macam tu sekali dan apa motifnya ? Membuka aib orang, menghasut dan sebarkan cerita yang tidak benar. Aku dengar dan perhati meskipun benda tu tak berlaku depan mata. Aku diam bukan bererti takut atau bodoh. Tapi mengenangkan aku sangat sayangkan tenaga dan masa dari terbuang melayan benda yang tidak sepatutnya, maka aku diam. Ditambah dengan penuh rasa hornat, aku bertindak seperti tiada apa yang berlaku. 

Kejadian kedua berlaku secara halus. Baru2 ni orang yang rapat dengan aku dimasukkan ke hospital. Lihat dari keputusan kesihatan semuanya normal. Tapi rupanya sakit misteri. Memang dah lama ada penyakit misteri dan beliau seorang yang beragama maka Allah panjangkan umurnya. Alhamdulillah. Beliau tahu siapa yang buat aniaya. Pengamal perubatan tu siap tanya lagi nak hantar balik tak ‘benda’ tu pada si dalang. Tapi orang yang berhati mulia takkan balas kejahatan dengan kejahatan. Bertahun hidup dengan ‘benda’ tu. Semoga Allah sembuhkan dan permudahkan segala urusan beliau. In Shaa Allah.

Aku dibesarkan dengan persekitaran yang dihuni oleh pelbagai jenis manusia. Jujur aku bersyukur. Dari situ aku belajar untuk tidak menjadi seperti mereka. Aku perhati dan nilai. Mana yang baik aku jadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Itu juga membuatkan aku jadi lebih berhati2. Abah dan mak aku selalu pesan, biar orang buat kita, jangan kita buat orang. Mungkin kerana aku masih muda jadi ada masa2nya aku tak boleh kawal rasa marah dan terus pertikaikan kenapa. Aku tak kacau orang tapi kenapa orang kacau aku. Harap satu hari nanti aku boleh jadi seperti mak dan abah aku. They have a big heart. Mungkin sebab tu ramai yang ambil kesempatan. Abah aku juga pesan, kalau orang tu bodoh jangan kita jadi bodoh sama. Jangan sama levelkan kita dengan dia.

Allah itu Maha Adil. Setiap perbuatan sama ada baik atau jahat akan ada balasannya. Bezanya balasan itu diterima didunia atau diakhirat. Jujur aku tak faham macam mana orang boleh hidup dengan hati yang penuh hasad dengki dan terdetik nak buat jahat kat orang. Aku pun ada juga rasa dengki dengan orang. Manusia kan. Tapi sampai ke tahap nak menjejaskan kehidupan orang lain, belum pernah terfikir. Semoga Allah bersihkan hati kita semua dari sifat hasad dengki. Salah satu doa mustajab ialah doa orang yang teraniaya. Aku belum ada keberanian untuk doakan yang buruk2 untuk orang. Untuk hal ini, aku doakan semoga Allah ampunkan segala dosanya dan dibukakan pintu taubat seluas2nya. In Shaa Allah. Aku pernah terbaca pasal doa tapi tak ingat the exact ayat (kalau jumpa nanti aku share. In Shaa Allah). Bila berdoa kita mesti tuju pada seseorang termasuk diri sendiri. Ibaratnya lebih kurang macam ni la, setiap doa sama ada baik atau buruk akan diangkat ke langit dan bila doa tu tak sampai ke orang yang dituju, doa tu akan berbalik semula kepada kita. Jadi sebab tu digalakkan kita doa yang baik2 je kat orang. Kata2 pun satu doa tau. So sebutlah benda yang baik2 juga.

Selamat Hari Raya Aidiladha. Maaf zahir batin.

Thanks for reading !

Comments