Merapu

Dah tidur ke? 

Sekarang pukul 1.04 pagi. Bateri phone pun low. Bagi chance merapu sekejap.

————————

Status hubungan sentiasa menjadi persoalan. Bila? Siapa? Mungkin kerana faktor umur. Kalau aku nak jawab, tanya pada Allah sebab Dia Maha Mengetahui, boleh? Jika diajukan soalan sama pada orang yang ada partner, mereka pun tak tahu bila. Inikan pula diajukan pada si bujang, lagilah cemas otak fikir jawapan. Aku takde la rimas bila orang tanya pasal kahwin. Chill2 je. Come on guys. Ini semua kerja Allah. Aku selalu cakap kat diri sendiri, tak payah pening kepala fikir kerja Allah (ajal, jodoh, rezeki). Dia dah atur hidup manusia ni cukup sempurna dan lengkap. Semat baik2 dalam kepala, “masanya akan tiba”. Tak kisah la soal jodoh ke, ajal ke, kerja ke, atau apa2 la yang kita impikan. Percayalah, kita akan rasa lebih tenang dan redha. Tak kisah la bercinta lama ke sekejap tapi kalau Allah kata itu bukan jodoh yang terbaik, siapa kita untuk menidakkan. Jadi bersyukurlah kalau takde partner. Bersangka baik dan anggap Allah sedang “jaga” kita dari hubungan yang belum tentu pengakhirannya. Ok?

Dalam kepala aku lebih banyak fikir macam mana kalau tiba2 meninggal sedangkan amal ibadah compang camping berbanding memikirkan siapa jodoh yang tak berapa nak bertuah tu. Untuk apa fikir tentang sesuatu yang sudah ditetapkan sedangkan masih ada banyak lagi hal lain yang perlu difikirkan (esok nak bangun pukul berapa? Makan apa? Pakai baju apa?). Entah2 ajal datang dulu sebelum jodoh. Haaa camneeee? Siapa tahu kan. Aku ada kenalan yang meninggal sebelum sempat mengakhiri zaman bujang. Dah la sebelum meninggal masing2 ada cerita tentang perancangan ke arah tu. Oleh itu, daripada terlalu memikirkan soal jodoh, fokus perbaiki diri sendiri. Mana tahu dalam proses nak perbaiki diri, Allah hadirkan pelangi yang indah buatmu. Uishh. Dan jangan rasa bila dah jumpa the one, itu milik kita selamanya. Masa depan kita tak tahu. Pengakhiran tak semestinya sama seperti permulaan. Jadi jangan compare nasib kita dengan orang lain sebab perancangan Allah itu sentiasa terbaik. Pergi ikut mana pun, pasti ada hikmahnya.

Nak menulis pun perlukan pen yang selesa, barulah tulisan tu nampak kemas dan lawa. Ada je pen mahal tapi tak selesa bila menulis. Pen murah juga yang selesa. Maka fikirlah sendiri maksud disebalik kisah pen ini.

Late night thoughts ni kadang2 deep dan merapu sikit.

Thanks for reading!


Comments