Ready for part 7

Assalamualaikum!

Cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru je semalam struggle jawab paper ECO. Bukanlah mengharap tapi aku seakan yakin yang aku akan fail. Mana tidaknya, member aku ramai kot ambil MC. Hmm. Seram aku nak jawab. Tapi disebabkan aku dah banyak habis duit dan masa untuk subjek ni, jadi aku cekalkan hati masuk dewan. Kiranya ni killer subject la. Lebih kurang Add Math tapi up lagi. Add Math aku time SPM dah la cukup2 makan je. Selama study, sem lepas (part 6) yang paling teruk. Biasa aku akan jawab semua quiz atau test. Rajin la juga buka iclass. Tak pernah miss. Kelas pun takde la ponteng banyak sangat macam sem2 sebelumnya. Adhura2. Sem lepas 2 subjek aku terlepas jawab quiz di iclass. 10 markah dah hilang. Lepas tu, aku selalu buat kerja last minute. Ahad kelas, Jumaat baru terhegeh2 nak buat itu ini. Biasanya pagi Sabtu kerja dan petang  aku dah gerak naik KL dan memang tak dan nak buat apa2 sebab sampai pun dah malam. Sebelum ni assignment memang on time la hantar. Sem ni carca marba sikit.

Part 6 aku cuma ada 2 je paper final. Bila takde final maka assessment banyak sikit la. Alhamdulillah aku dikurniakan geng assignment dan study group yang terbaik. Terima kasih banyak2 pada semua yang sama2 mengharungi sem ni dengan jayanya. Sem ni agak mencabar sikit sebab aku kena balancekan kerja dan study. Start dari bulan 9 kerja aku akan jadi super duper busy sebab time tu musim umrah baru nak bermula. Dan aku pun start sem pada waktu yang hampir sama. Meskipun begitu, Alhamdulillah I made it.

15 Feb yang lepas, result final pun keluar. Aku memang takut gila nak check. Dalam kepala aku dah plan kalau ECO fail, nak repeat time sem akhir. Belum apa2 dah muhasabah diri dan nak belajar dari kesilapan. Haha. Janji tak nak buat kerja last minute dah. Letih 😣.  Overthinking sangat. Lalu pagi tu aku masuk office dan rasa nak check result. Macam takut nak check tapi excited. Time tu aku pun confused dengan perasaan sendiri. Lol. Lepas aku log in student portal, terus aku jauhkan phone. Haha. Slow2 dekatkan phone dan aku tengok dari bawah dulu dimana disitu terletaknya lokasi GPA & CGPA. Mata aku tertumpu kat situ je. Result setiap subjek kat atas. ALHAMDULILLAH AKU PASS WEHH. Kepala otak aku tak fikir gred dah yang penting pass je. Kalau fikir gred lagi aku sakit hati. Haha. Dan mood aku pun terus bertukar for the whole day. Ceria babe. Haha. Agaknya kalau kena marah dengan jemaah hari tu, aku boleh je gelak2 lagi. K over.

Aku ni pun bukannya pandai sangat nak bagi tips. Tapi apa yang aku boleh kongsi, bila jawab exam jangan tinggal kosong. Buka je kertas soalan terus tulis apa yang kau ingat walaupun soalan tu tak tanya pun. Tak yah kedekut dakwat pen. Betul ke salah belakang kira. Subjek ECO tu banyak je yang aku lupa formula dan tak reti jawab. Padahal 2 malam sebelum tu gigih buat study group sampai pukul 2 pagi. Nak goreng apa pun tak tahu la labu. Masalahnya kalau salah satu nombor boleh affect semua calculation. Itu part yang paling menyedihkan ya tuan2 dan puan2. Tapi aku main tulis je apa benda yang terlintas dalam kepala. Segala jenis selawat dan zikir aku baca. Inilah manusia. Time susah baru nak ingat Allah. Tibaaaa. Takpe la at least ingat. Pergi toilet kot2 menjelma la formula tu. Memang dapat tapi aku confused itu formula untuk soalan mana. Haha adoi. Mungkin waktu nak tanda paper tu lecturer macam apa benda la budak ni merapu tapi takpe la nampak effortnya disitu siap pakai pen colour2 dan garis pun elok je guna pembaris. Ahaks. Sebenarnya tulisan kita pun memainkan peranan. Kau bayangkan lecturer dah tanda beratus paper, tiba2 nampak paper kau kemas mesti mood dia senang hati nak tanda. Salah sikit tu boleh pejam mata je. 

Beberapa hari yang lepas, aku dah daftar subjek untuk part 7. Macam biasa tetap 4 subjek sebab aku tak mampu nak ambil banyak2. Kekangan dari segi masa dan wang. Aku tak harap banyak pun untuk next sem tapi aku akan usaha untuk tak mengulangi kesilapan yang sama. Tiap2 sem memang inilah azamnya. Kat group PJJ pun dah start jual beli buku. Makin nak dekat habis sem makin tough. Nasib la bujang oii. Memang tepat keputusan yang aku buat. Haha.



Sem ni takde subjek kira2 (pheww legaaa), so kelas 5 kali je 1 sem. Kalau malas juga datang aku tak tahu la nak cakap apa. Haha. Pastu ada 2 kelas time puasa. Fuhh bertabahlah.

Btw thanks for part 6. Now let’s focus on part 7 #2partsleft

Thanks for reading!

Comments