Assalamualaikum!
Minggu lepas aku ke Redang dengan member. Short vacay la kiranya selama 3 hari 2 malam. 1st time pergi sana. Memang last minute punya plan. Apply cuti kurang dari seminggu. Suka hati kau je ambil EL kan π. Dah la ada departure umrah dari 11 - 13 Mac. Yang tak boleh bla hari ni baru dapat email cuti dah approved. Pending betul. Pastu time tengah syok snorkelling ada problem kat office. Nasib baik ada line. Tengah berendam dalam laut tu juga dok reply whatsapp. Haha. Lagipun itu dah last snorkelling so aku macam santai2 je. Takde dah skuad lentang bagai. Aku naik bot awal sebab pening kepala dah. Waktu pergi tu memang ramai Chinese. Kitorang stay kat Redang Bay Resort, memang 2 ketul je Malay yang wujud kat situ, aku dan member. Mula2 aku macam “weh kita salah tempat ke apa ni?”. Haha. Malam2 band tu nyanyi lagu Cina. Ok layankan je. Kitorang stay kat dorm. Ada 6 katil double decker. Hari 1st tu kitorang 2 je yang check in. Next day tu ada sorang Chinese check in.
SubhanAllah cantik sangattt ππ
Harga pakej untuk 3 hari RM363.30 + tiket bas return RM66.50. So total RM429.80. Member aku dapat murah sikit sebab dia dah booking awal. Kalau duduk situ lama2 memang boleh naik berat badan sebab sehari makan 4 kali dan makanan pun sedap la. Malam pertama tu menu bbq then malam kedua steamboat. Tapi aku diuji. Haha tiba2. Selera makan aku drop dan kalau makan sikit je dah kenyang. Aku dah la suka gila kambing tapi hari tu aku macam tak boleh nak habiskan. Tssk tssk. Siapa suruh makan maggi cup kan petang tu. Dah kenyang. Memang dah terfikir nak bungkus bawa balik dorm je tapi apakan daya yang berlalu tu biarkan saja.
Makan (Day 1)
Lunch
Hi-tea
Dinner (bbq)
Makan (Day 2)
Lunch
Dinner (steamboat)
Perjalanan dari jeti ke Redang ambil masa dalam sejam lebih. Mula2 naik feri dan berhenti dekat dengan area pulau tukar naik bot lain pula. Sampai je Redang, ada transport yang pick up bawa pergi resort. Lepas check in rehat jap sementara tunggu lunch. Lepas lunch tu siap2 untuk snorkelling pukul 2. Ombak tak berapa nak beri kerjasama. Dah la air laut masin pastu muka aku ditampar berkali2 oleh ombak. Haha. Pedih wehh. Kenyang macam tu je minum air masin. Laki yang jaga bot tu kata waktu yang sesuai pergi pulau ialah bulan 4. Time tu ombak baik sikit. Next time la pula aku
repeat.
repeat.
Guide tu Chinese. Memandangkan kitorang 2 je Malay, so guide tu setiap kali nak snorkelling dia cam “jap ya. I explain dalam Mandarin dulu, then I explain dalam BM”. Nasib baik tidak disisihkan. Haha. So far ok la. Ada juga borak2 dengan diorang. Total snorkelling selama 3 hari tu 3 kali. Life jacket & goggle tu kena bayar. Kalau life jacket sahaja RM15. Combo RM25. Just bayar sekali je bukan kira per hari.
Kira pakej yang aku ambil ni aktiviti just snorkelling dan makan la. Petang hingga malam free & easy. Kalau nak relaks2 tu sesuai la datang sini. Aktiviti tak pack sangat. Lepas snorkelling kitorang lepak jap kat kerusi malas sementara nak keringkan baju. Ada sorang laki Chinese ni dia berjemur la. Tak lama lepas tu time kitorang bangun nak blah, dia tanya “tak panas ke pakai kain (tudung)?”. Member aku reply “tak” lalu kitorang pun berlalu pergi. Kalau aku yang reply memang panjang sikit la. Haha. Kalau tak tutup kepala lagi panas kot. Pastu time hari ke 2 snorkelling, ada laki dari negara mana ntah aku lupa datang kat aku sebab nak pinjam cover phone. Dia nak ambil gambar dalam air. Dia group lain. Ingatkan nak ngorat tadi. Haha. Padahal wife dia ada je duduk bersimpuh kat tepi laut tu. Dia pula tak habis2 mention “I’m a Muslim”. Habis kalau agama lain ingat aku tak bagi pinjam ke apa. Haha.
Malam last tu kitorang lepak kat pangkin resort sebelah. Kat situ ramai Malay. Memandangkan esok dah nak check out so takde la lepak lama. Naik bilik terus tidur. Esok pagi tu lepas breakfast, kemas2 barang dan check out dalam pukul 9.30. Then pukul 11 gerak pergi tempat tunggu bot. Dalam pukul 5 lebih aku gerak balik Temerloh untuk menjalani kehidupan seperti biasa. Cerita macam berterabur sikit sebab aku tak ikut flow, just ikut part mana yang ingat je. Haha.
Thank you for everything my travel buddy and mommy-to-be. Next trip bawa baby pula eh. Baby aku lambat lagi. Haha. Dan la anak kau pergi sekolah dulu π
Thanks for reading!
Slots & Video Poker Room - MapyRO
ReplyDeleteFind your perfect slot machine μΆ©μ²λΆλ μΆμ₯μ΅ room in Las Vegas. Try over 1600 the hottest slots and video poker machines in κ³ μ μΆμ₯μλ§ the world to win free spins and μμ° μΆμ₯μλ§ no deposit κ΄μ μΆμ₯μ΅ bonuses. μ λΌλ¨λ μΆμ₯μ΅