Part 7: 1st class

Assalamualaikum!

Hari ahad lepas ialah 1st class untuk part 7 after almost 2 months ++ of holiday. What? Part 7? Hehehehehe. 2 sem (part) left guys. In Shaa Allah. Kalau ikut jadual itu 2nd class. Adhura kan. 1st class tiap2 sem mesti ponteng. Haha. Biasanya 1st class ni just introduction antara lecturer + student, briefing pasal subjek + assignment dan study chapter sikit2. No submission yet. Sebab tu aku selalu ponteng 😛. Kalau stay dekat takpe la tiap2 minggu boleh datang. 

Macam biasa setiap sem aku akan ambil 4 subjek. 3 subjek ada paper final dan 1 subjek takde. Banyak gilaaa presentation. Ada sorang lecturer ni dah pernah ajar aku beberapa sem yang lepas. Dia ni memang kelakar la. Orang Kelantan pulak. Haha. Aku rasa sem ni semua lecturer cam kelakar je. Terhibur aku. Since rutin setiap kelas hampir sama, aku pun dah tak tahu nak share apa. Ohh ya. Ada sorang member aku yang extend sem lepas sebab pregnant dah masuk balik. Member lagi sorang yang tengah training kena extend lagi. Aku memang rasa macam dah senior la sebab classmates aku ada yang dah pregnant pastu ada yang jari merah berinai sebab baru kahwin. Haha. Aku dah 4 tahun study, sebab tu budak batch aku ramai yang dah kahwin dan beranak pinak. Mostly umur kitorang sebaya waktu mula2 masuk study. Kiranya average age yang start PJJ ni dalam 22 atau 23. Subjek yang ambil tiap2 sem tu memang ikut plan yang dah ditetapkan. Tak campur senior atau junior melainkan junior tu dapat credits exemptions. So boleh la terus lompat sem.

Serious la walaupun lecturer semua best2 tapi tahap mengantuk aku tak boleh bawa bincang. Aku dah tersengguk2 dalam kelas. Sampai tahap aku lumur minyak cap kapak kat mata. Ya Allah dia punya mengantuk tu ibaratnya beratus setan dok gayut atas mata. Geli siaa bila bayangkan ada benda banyak2 bergayut atas mata. Haha. Pastu bila dah lumur tu mata aku cam pedih2 berangin la. Ok boleh tahan ni. Ehh selang beberapa minit dia mengantuk balik. Melampau wehh. 3rd class tu aku tak boleh tahan betul. Kelas petang pulak. Pantang take 5 memang aku tidur. Nak tunggu habis kelas tu memang puas la. Tak sanggup betul rasanya.

Aku rasa seram je nak baca whatsapp group sebab topik utama cerita pasal assignment. Haha. Tapi nasib baik next kelas sebulan kemudian. Sem ni best sebab kelas sebulan sekali je kecuali Mac ada 2 kelas. Yang tak bestnya bila kelas kadang2 ni, tahap kemalasan tu memang menggunung la. Member aku yang selalu ingatkan pasal assignment dah masuk balik. So aku tak boleh nak malas2 dah. Haha.


Lunch tu kitorang makan nasi berlauk ayam. Tak lama lepas tu perut aku dah rasa lain. Malam tu dia dah start sakit. Then pagi esok member aku text tanya ada sakit perut tak? Mula2 ingatkan sebab makan McD. Tapi bf dia elok je tak sakit. Bila tanya member lain yang makan lunch pun sama sakit perut. So memang confirm semua sakit perut sebab nasi. Mula2 makan memang aku dah rasa gulai dia ni cam lain sikit. Tapi lain orang lain la masakan dia kan. Husnuzon. So ok makan je. Isnin tu masuk office lambat sebab cirit birit. Haha. Sadis. Plan nak ambil MC tapi tak jadi.

Ok itu je kisah my 1st class for this sem.

 Thanks for reading!

Comments