Assalamualaikum!
Hi guys. I’m still here. Hehe. Aku rindu gila nak menulis and sharing random stuffs but I don’t know why rasa malas gila nak perah otak untuk berfikir and susun ayat. Sangat manjakan diri sendiri sampai nak fikir pun aku jadi malas. Then lama2 otak jadi tumpul sebab dah lama tak asah. And of course kewujudan aku disini tak lain dan tak bukan hanyalah untuk berkongsi sesuatu.
Kisah ini terjadi waktu bulan Ramadhan lepas. Ya aku tahu raya puasa pun dah habis dan dah nak sambut raya haji bulan depan. Haha. But whatever la kan. Tahun ni merupakan salah satu Ramadhan yang paling seronok dan diingati sebab aku berpeluang join satu program NGO. It was my first time ever. Nama program tu ialah Kembara Backpackers Selatan Thailand under Global Peace Mission (GPM). I do really wanna share with you guys the starting point of everything but I need a good time to recall. Banyak benda yang dah lupa. Trip this time aku tak banyak menulis and jot down point2 penting. Hari tu lepak dengan member yang sama2 join and dia tanya nama salah sorang pak cik kat sana, and aku tak boleh nak ingat. Macam teruk gilaaaa. Haha. Sorry pak cik tak ingat nama. Ingat muka je.
Kali ni aku just nak share pasal pengalaman solat terawih di Selatan Thailand. Kitorang pergi 2 tempat iaitu Pattani dan Yala. Even negara sama tapi dua2 tempat berbeza cara solat. Bukan setakat daerah, lain masjid lain cara dia. Macam kat Malaysia juga. So aku agak terkejut juga waktu mula2 tu. Haha. Culture shock jap. Alhamdulillah sewaktu disana, aku tak pernah tinggal solat terawih secara berjemaah *proudwithmyself*. Malam pertama, aku solat di masjid Kampung Nad Tanjung, Pattani. 20 rakaat campur witir. Imam memang baca laju gila weii. Tak silap aku dalam 20 minit je kot rasanya. Biasa kan lepas habis 4 rakaat, kita akan baca zikir2 and doa. Tapi ini doa jap pastu terus sambung. Aku sampai lambat sikit. Kira macam jemaah dah habis rakaat ke 2 and nak masuk rakaat ke 3. Then bila dah last tu aku cam confuse ini witir ke rakaat ke 20 eh. Haha. Lalu aku pun niat terawih. Rupanya dah witir. Ayoo. Instinct betul dah tapi tak yakin. Lol.
Malam kedua, solat di bandar Pattani. Yang ni cam ok sikit la. Imam pun baca takde la laju sangat. Cuma aku agak terkejut bila masuk masjid sana. Ada yang solat kat dataran and tepi kaki lima masjid. Yang ni ok lagi la. Lebih mengejutkan ada yang solat kat tepi tangga and tempat tu tinggi. Kira cam selangkah kaki ke belakang and ke depan kau akan terjatuh. Tinggi tempat tu dalam 5 ke 6 anak tangga. Korang bayangkan la sendiri sebab aku lupa nak ambil gambar. Haha. Anddd memang takde istilah ‘rapatkan saf’ kot kat sana sebabnya setiap orang ada satu sejadah. Kita kan biasa kat masjid/surau Malaysia solat rapat2. Satu sejadah boleh share 2 orang. Then aku pun macam padan la dalam masjid tak muat. Tak share sejadah rupanya. But we’re Malaysian kan, solat macam biasa la rapat2 ikut sunnah. Gituu. Sharing is caring.
Then ini kisah di masjid Yala. Waktu malam pertama solat terawih, tak ingat rakaat ke berapa, itu sepatutnya solat sajadah dimana ianya takde rukuk. Lepas imam dah habis baca surah, dia pun takbir then terus sujud. Kitorang yang jemaah perempuan Malaysia ni pergi rukuk sampai la jemaah lain bangun untuk rakaat seterusnya. Haha. Terpinga2 jap. Yang kelakarnya bila tengok yang lain sujud takde sorang pun antara kitorang turun untuk sujud. Semua berada diposisi rukuk. Bila dah habis 2 rakaat tu, masing2 gelak. Haha. Time rukuk tu lagi aku dah tahan gelak. Astaghfirullah tak khusyuk jadinya. Tanya la mak cik tu ini solat apa then dia kata solat sajadah. Semua macam oooo agak dah tadi. Ye la tak perasan sebab tengah2 solat terawih kan. Haha. Pastu time Subuh, imam tak baca doa qunut. Memang tak wajib pun baca tapi kat Malaysia kan memang selalunya baca. Itu pun aku macam terkejut jap. Haha. Bila dah selesai solat takde nak wirid and baca doa sebab imam tu dah baca siap2 dalam solat tu. Kiranya bila dah habis solat tu, habis terus.
Memang pengalaman baru berpuasa di negara orang. Next year nak merasa puasa kat Indonesia pula. Hehe In Shaa Allah. Bila melihatkan keadaan disana, memang rasa bersyukur dengan kehidupan sekarang. Setakat ini sahaja perkongsian aku yang ingat2 lupa ni. Moga aku mampu untuk berkongsi kisah2 yang lain dengan jayanya.
Masjid Jamek, Pattani
Thanks for reading!
Comments
Post a Comment