Assalamualaikum!
Tiada kata selain syukur Alhamdulillah. Pada 13 Feb yang lepas, aku telah berangkat untuk menunaikan umrah buat pertama kalinya. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar pergi dan balik. Aku kesana seorang diri tanpa ditemani ahli keluarga atau kenalan rapat. Tanpa mahram kata mudahnya. Alhamdulillah rezeki aku. Bermula tahun 1441 hijrah iaitu September 2019, kerajaan Arab Saudi telah membenarkan wanita yang berumur bawah 45 tahun menunaikan umrah tanpa mahram. Pada permulaan pelaksanaan syarat baru tersebut, jauh disudut hati aku berharap agar diberi rezeki untuk menjadi tetamuNya.
Bertarikh 22 Okt 2019, ayat yang keluar daripada mulut bos masih terngiang2 ditelinga aku sehingga kini.
“Eh Dura. Aku nak hantar kau pergi umrah. Bila kau boleh pergi?”.
Ketika itu aku tak tahu nak rasa apa. Tapi yang pasti rasa gembira, speechless. Segala rasa bercampur baur. Dan pada malam itu aku tak boleh nak tidur lena. Rasa teruja mungkin. Aku doakan semoga bos Haji Mazlan Bin Mansor dan isterinya, Hajah Rosnah Binti Wagino dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur untuk terus buat kebaikan, sentiasa berada dalam rahmat Allah dan dipermudahkan segala urusan dalam menyantuni jemaah. In Shaa Allah Amin. Korang yang baca ni pun doa sama2 ok. I’m so thankful dikurniakan bos yang sangat2 baik hati. Terima kasih kerana beri peluang yang berharga ini.
Rakan sekerja aku tahu yang aku memang nak sangat pergi kesana. Aku dah kerja hampir 6 tahun. Jadi peluang seperti ini dah lama aku tunggu. Ikutkan hati aku nak pergi secepat yang mungkin. Tapi memandangkan aku baru masuk study, persiapan juga tiada, aku pilih untuk pergi ketika cuti semester iaitu bulan Feb 2020. Aku perempuan. Jadi tarikh datang bulan pun perlu diambil kira. Bercakap soal itu, aku hampir menangguhkan tarikh berangkat yang sepatutnya dijadualkan pada 13 Feb kerana kitaran haid kelihatan agak tidak teratur. Aku sangat risau tak dapat solat di Masjid Nabawi, lebih2 lagi masuk ke Raudhah. Aku tak berani nak ambil sebarang ubat untuk melambatkan atau mencepatkan tarikh datang bulan. Aku hanya mampu berdoa dan berserah. Tapi Alhamdulillah. Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, saat aku sampai di Madinah, aku dah boleh mandi wajib. Maksudnya sepanjang berada di Mekah dan Madinah, aku dapat solat sepenuhnya. Alhamdulillah aku bersyukur sangat segalanya dipermudahkan.
Aku berangkat menuju ke Jeddah menaiki Saudi Airlines pada jam 4.25 pagi. Perjalanan lebih kurang 8 jam terus ke Jeddah. Apa je yang aku boleh buat dalam flight selama tu kan. Makan, tidur, tengok movie. Tapi paling banyak buat ialah tidur. As usual. Setibanya di Jeddah, kami bergerak ke Madinah menaiki bas. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 jam. Nak buat apa je kan dalam bas lama2. Tidurlah lagi. Disana tak sama macam di Malaysia. Kawasan padang pasir kan. Sepanjang perjalanan tu aku banyak melihat pokok hidup segan mati tak mahu, unta, tak kurang juga keluarga monyet yang melepak di tepi jalan menunggu diberi makanan. Tapi kami sampai siang. Jadi dapatlah tengok keadaan sepanjang perjalanan dari Jeddah ke Madinah. Long story short, sampai di Madinah sekitar jam 4pm++. Check in hotel dan berehat. Malam aktiviti bebas. Di Madinah dan Mekah, aku sebilik bersama 4 orang mak cik. Alhamdulillah dapat geng yang best. Huhu. Tapi tak berkesempatan nak ambil gambar bilik sebab aku akan jadi orang terakhir yang masuk. Jadi bila aku masuk je mak cik tu semua dah buka tudung, unpack barang. Tapi boleh je kan ambil gambar. Bukan nak post kat mana2 pun. Sudahlah. Ketika itu otak aku kurang berfungsi dengan baik. Mutawwif ialah rakan sekerja aku, maka secara tidak langsung aku telah dilantik untuk menjadi pembantu dia. Kalau bukan rakan sekerja pun tetap kena bantu sebab aku staf. Aku hanya tolong apa yang patut dan termampu sebab group ni ramai orang veteran. Demi mengejar pahala aku turutkan kerana aku seorang pendosa. Tibaaaa.
Aku berada di Madinah selama 4 malam dan di Mekah 6 malam. Sejujurnya, aku lebih suka berada di Madinah. Suasananya yang sangat tenang. Sukar untuk aku gambarkan. Mungkin juga kerana aku berada dekat dengan Rasulullah SAW. Aku bersyukur dapat berpijak dibumi yang Rasulullah SAW pernah pijak. Mendengarkan kisah perjuangan Baginda dalam berdakwah untuk menyebarkan Islam membuatkan hati rasa sayu. Sungguh besar pengorbanan kekasih Allah ini. Macam2 ujian yang Baginda lalui. Antara kisah yang membuktikan sayangnya Baginda pada umatnya ialah solat. Peristiwa ketika Israk dan Mikraj. Allah memerintahkan hambaNya untuk solat 50 waktu. Tapi Rasulullah SAW ulang alik naik ke langit untuk mohon pada Allah supaya dikurangkan sehingga pada akhirnya menjadi 5 waktu. MashaAllah. Itu pun masih ada diantara kita berat nak buat. Semoga kita semua mendapat syafaat Rasulullah SAW. In Shaa Allah. Bila kesana baru aku rasa erti rindu pada Baginda. Sebelum ni dengar pengalaman orang lain. Meskipun tidak pernah bertemu secara empat mata, mendengarkan tentang bayangan wajah dan susuk tubuh Baginda membuatkan aku rasa terpegun. SubhanAllah. Betapa indah dan sempurna ciptaan Allah.
In Shaa Allah dilain hari aku akan cerita pengalaman masuk ke Raudhah dan kisah di Mekah. Meskipun baru bulan Mac dan masih berbaki 9 bulan, tiada kenangan yang paling indah dan diingati di tahun 2020 ini selain dapat menjadi tetamu Allah. Apa yang dirasai sungguh luar biasa sehingga tidak mampu diucapkan. Sungguh Allah itu Maha Mengetahui sekalian alam.
P/s: Siapa nak aku sambung cerita ni komen “NAK” kat bawah. Lol. Memang trend kat IG macam tu eh sekarang. Haha. If you know what I mean 😛
Setibanya di airport Jeddah, semua jemaah kena naik bas untuk ke balai ketibaan
Jakun la sikit kan dah sampai Sa’udi Arabiaaaa
Hotel di Madinah
Sekian sahaja. Till next time. In Shaa Allah.
اَللَّهُمَّصَلِّعَلىٰسَيِّدِنَامُحَمَّدٍوَعَلَىٰاٰلِسَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
Thanks for reading!
Comments
Post a Comment