Assalamualaikum!
Buat yang bertanya, bila nak kahwin? (Obviously diorang tak baca la post ni... but err whatever). Aku tak salahkan mereka yang bertanya. Aku tahu kenapa Allah belum beri petunjuk akan hal itu. Rasanya tidak perlulah aku kongsi mengenainya. Tapi 1 hal yang perlu tahu, selagi belum habis study aku tak nak fikir soal itu.
Tahun ni aku 27 tahun. Boleh dikatakan aku sudah melepasi umur ideal untuk berkahwin. Umur ideal ialah antara 24 - 26 tahun. Tapi aku tak nak kahwin hanya kerana nak mengikut standard, dengar cakap orang, kewangan sudah cukup (realitinya belum), tarikh lawa ok jom kahwin and the list goes on. Marriage is a lifetime commitment. Bukan nak kata aku tak ready (Allah Lebih Maha Mengetahui akan sesuatu hal), tapi aku belum puas berbakti untuk kedua orang tua dan keluarga. Ramai yang tak tahu, salah satu sebab kenapa aku sangat bersyukur belum bertemu jodoh diusia muda ialah aku dapat meluangkan banyak masa dengan abah, mak dan adik beradik. Allah sedang bagi aku peluang. Jadi jangan rasa sedih bila tengok orang lain dah kahwin.
Allah ialah pencipta kita. Dia dah susun jalan cerita setiap manusia tu cantik je. Cuma time horizon setiap orang itu berbeza. Ada yang cepat dan ada yang lambat. Allah tu tak kejam. Bersangka baiklah denganNya. Dia izinkan sesuatu tu berlaku pasti ada sebab. Sama seperti hadirnya seseorang dalam hidup. Ianya boleh jadi sesiapa sahaja. Kehadirannya pasti bersebab. Dulu aku selalu je macam ‘kenapalah aku boleh kenal dengan dia ni. Kalau tak kenal mesti hidup aku takkan jadi macam ni’. Tapi sebenarnya kehadiran dia untuk mengajar aku sesuatu.
Sekarang aku dah tak kisah pun bila semua orang dah nak kahwin dan ada yang dah kahwin. Aku tahu kemampuan aku setakat mana. Aku yakin Dia akan berikan yang terbaik untuk aku pada waktu yang tepat. Sementara itu, aku akan enjoy the process. Enjoy hidup bujang. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita. Tapi Allah Maha Mengetahui kan. Dia tahu niat kita baik ke arah tu, In Shaa Allah Dia akan permudahkan dan bukakan jalan.
P/s: Orang lawa biasalah kahwin lambat sikit. Lol 🤪. Contoh ramai kan. Antaranya Neelofa. Ehh
Thanks for reading!
Comments
Post a Comment