Assalamualaikum!
Aku dah lama tak on laptop yang digunakan waktu zaman study diploma dulu. Laptop tu usianya dah berbelas tahun kot sebab asalnya itu abah aku punya. Tapi memang dah banyak la rosak. Kalau nak on kena guna charger. Bateri dia ntah la lepas kemana. Pastu laptop ni touchscreen. Time dulu2 kira macam gempak la kan sebab touchscreen ni tak ramai lagi orang guna. Tapi benda tu tersangatlah menyusahkan hidup aku. Haha. Usah dikira berapa kali laptop tu aku hayun ke lantai. Ternyata ianya masih berguna sehingga kini. Maka silalah beli laptop Acer. Tibaaaa.
Aku banyak guna laptop tu time diploma. Jadi memang banyak sangatlah kenangan dalam tu. Dari petang tadi aku dok tengok balik gambar lama. Beribu kot. Bukannya gambar time study je tapi gambar antara tahun 2011 - 2018 macam tu. Gambar family, kerja, PLKN, kawan sekolah. Seronoknya time tu. Tapi paling banyak gambar time diploma la. Dengan housemates, classmates. Time degree ni dah duduk rumah sendiri. Terasa forever alone sangat. Haha. Memang la past is past. Bila tengok balik gambar tu perasaan jadi bercampur baur. Rasa sedih, rindu, happy dan macam2 lagi la. Banyak sangat moment yang macam ‘kalaulah aku boleh putar balik masa’. Haaa macam tu. Tapi realitinya tak boleh sebab kita hidup di masa sekarang dan takkan pernah boleh mengubah masa lalu. Setiap jalan yang dipilih tu akan wujudnya satu kisah yang baru. Sebab tu la kalau jadi apa2 jangan menyesal. In Shaa Allah pasti ada hikmahnya. Ada juga beberapa kenalan aku antaranya bos, kawan baik dari sekolah, nenek, moyang yang dah pergi menghadap Ilahi. Innalillah.
Dulu aku seorang yang sangat sentimental. Apa yang orang bagi semua aku simpan. Even sekecil2 barang. Tiket wayang time dating, topup phone. Haha. Tiket wayang tu aku tulis balik guna pen sebab lama2 tulisan dia akan hilangkan. Gigih sangat. Paling aku rasa macam alaaa takkan benda tu pun nak simpan ialah kawan aku pernah bagi belon time birthday. Ikutkan memang tak nak pecahkan belon tu, biar dia kempis dengan sendirinya sebab nanti bentuk dia dah tak sempurna. Lol. Tapi dalam belon tu ada surat, so kena la pecahkan. Lepas dah baca surat tu aku stapler ok belon berserta surat itteww dalam diari. Haha. Punyalah tinggi tahap sentimental sampai belon pun simpan. Then 2014 banjir teruk. Aku dah la baru habis diploma so barang banyak la kan. Dengan buku apa semua. Paling best baru lepas beberapa hari konvo kot. So gambar konvo rosak sikit sebab tak dan nak buat frame lagi. Dah la gambar aku tengah ambil scroll 😫. Aku pun dah tak tahu kemana gambar tu pergi membawa diri. Punya frust aku decide sambung degree sebab nak ada gambar konvo baru. K gurau. Tapi ada benarnya juga. Memang habis la semua barang2 yang aku simpan berserta diari tu terendam dek banjir. Diari tu sangat berharga (ketika itu) sebab kisah cinta monyet time diploma aku nukilkan disitu. Cewahh. Tapi takpe la ada hikmahnya. Takde jodoh so tak la rasa ralat sangat 😛.
So start dari saat tu, aku dah kurang jadi seorang yang sentimental. Kira macam frust la dengan bencana alam yang dah berlaku. Ada unsur2 kurang redha disitu. Haha. Sekarang ok dah. Dah nampak hikmahnya. Laptop aku tu hampir nak tenggelam. Kalau tenggelam la memang sampai ke hari ni aku tak berhenti menangis kot. Over kan. Biarlah. Dulu sentimental kan, text orang pun aku simpan. Tapi lama2 aku sedar dan belajar sesuatu. Kita tak boleh nak terlalu attached dengan something or someone. Means jangan terlalu sayang la. If anything happens, kita akan sentiasa terperangkap dengan rasa tu. Memang susah tapi cubalah. Except for family members and close friends la. Contohnya macam apa2 yang berbentuk penulisan. Text ke or whatsoever. Kalau simpan text tu, kita akan tend tu baca balik and akan timbul rasa2 yang tak sepatutnya. Aku dulu bertahun kot simpan text ex. Bila baca balik and teringat moment2, dah jadi payah nak move on. Start dari perubahan level sentimental tu, aku delete je semua text orang yang pernah aku simpan. Dah tak rasa ralat pun nak buang. Simpan pun buat apa kan. Tak payah la nak allocate memori phone untuk benda2 yang tak penting. Mana yang aku rasa dah lama tak contact pun delete je. Atas apa yang dah berlaku, aku belajar untuk lebih menghargai apa dan siapa. Semoga terus istiqamah la kan. ***Ini sekadar selingan ya tuan2 dan puan2. Aku nak cerita pasal gambar dalam laptop tu je sebenarnya 🙊. Tapi kau tahulah perempuan kan. Cerita suka meleret2 pastu at the end takde kaitan.
Kalau boleh diputar balik, aku nak kembali ke waktu kecil hinggalah diploma. Itu adalah waktu yang paling terbahagia, bersama family dan kawan2, waktu dimana hanya ada memori indah tercipta, waktu dimana aku belum melalui fasa mental breakdown, waktu dimana aku hanya nikmati hidup tanpa perlu risaukan apa2, waktu dimana aku belum menjadi seorang yang selfish and the list goes on. Bila tengok balik gambar lama, aku selalu tanya pada diri sendiri ‘ke mana dia ni pergi. Kenapa dah tak kembali?’. Deep kan. Tak kurang juga bermonolog sendirian ‘tak sangka aku pernah jadi cantik dulu’. Lol. Maafkan diri ini Ya Allah. Alhamdulillah aku bersyukur kerana diberi peluang untuk melalui proses hidup yang banyak jatuh bangunnya. Kita hidup untuk belajar kan.
Inilah laptop yang banyak berjasa dalam hidup aku. Walaupun aku tak jaga kau dengan baik tapi terima kasih kerana masih setia dan ada ketika diperlukan.
Yang paling jauh di dunia, masa lalu. Kita takkan mampu kembali ke waktu itu. Takkan mampu juga mengubahnya. Maka nikmatilah masa sekarang dan ciptalah seberapa banyak memori indah bersama.
Semoga kita menjadi orang yang sentiasa bersyukur walau sekecil apa pun halnya. In Shaa Allah
Thanks for reading!
Comments
Post a Comment