Stay safe everyone! #Covid19

Assalamualaikum!

Apa khabar? Hopefully semuanya baik2 saja. Hari ni dah masuk hari ke 13 PKP. Sempena musim Covid-19 ni, kita duduk rumah je ok melainkan kena keluar untuk hal tertentu. Contohnya, beli barang keperluan untuk makan. Kes kematian dan yang disahkan positif juga semakin meningkat. Jom sama2 berdoa semoga semua ni cepat berakhir. Bukan nak cepat berakhir sebab dah pishang duduk rumah (introverts are the happiest! 😉). Tapi nak cepat berakhir sebab kurang dari sebulan seluruh umat Islam akan mula berpuasa. Nak masjid dan surau meriah seperti biasa 😢. Nak berkumpul buka puasa ramai2. Aku tak suka pergi bazar Ramadhan tapi rasa sedih juga la kalau tahun ni takde. Moga Allah bantu dan permudahkan. InsyaAllah. Allah takkan turunkan sesuatu ujian itu tanpa hikmah.

Seluruh dunia sedang menghadapi situasi yang sama. Setiap orang ada kesusahan, kesedihan dan kerisauan. Tak kurang juga yang mengalami kerugian terutama buat peniaga2. Semuanya terkesan. Tiada yang terkecuali. Dalam tempoh PKP ni kita ada banyak sangat masa untuk main sosial media. Jadi keep on sharing the positive or beneficial things ok. Jaga sensitiviti orang sekeliling dan jadilah seorang yang berempati.

Spread the love not hate ❤️




Sebarang info atau update terkini boleh check website KKM

P/s: Salam takziah buat semua yang telah meninggal kerana Covid-19 ini. Semoga roh dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Aamin. InsyaAllah. (Muslim only)

Thanks for reading!

Comments