Hai PKP!

Assalamualaikum!

Ok ini dah hari ke 18 PKP.  Jadi apakah pencapaian yang berjaya korang capai? Honestly aku rasa sangat useless. Waktu fasa pertama PKP, aku rasa macam ada banyak sangat masa sampai tak tahu nak buat apa. So aku tengok Youtube and Netflix non stop. Bergilir2 la. Padahalnya kan guys aku ni kena bekerja dari rumah tau. Kerja aku berlambak kot. Dengan study lagi. Then ada satu hari (actually hari2. Muehehe) aku termenung dan tanya pada diri sendiri, 'apa yang kau dah buat setakat ni Dura?'. I don't have a vivid answer. Sigh.

Aku ada planner. Dulu aku tersangatlah rajin jot down to-do list daily. Aku akan buat kotak kecil supaya bila task tu dah siap aku akan tick checked. Till now I still do to-do list tapi malangnya semua tak bertanda. Means tak buat la kan. Or aku buat the next day. Aku tahu ada banyak benda nak kena buat but hey I'm a procrastinator. Remember? Haha. Itu adalah sikap yang paling teruk dan susah nak buang. Tapi semua tu terletak pada diri sendiri. Alasan je banyak. It's time to push yourself! Tapi ada juga la pencapaian positif antaranya ialah hari2 aku akan masak. Semoga sikap ini berterusan. Honestly aku lebih suka mengemas dari memasak. Aku banyak ikut resepi dari Buat Orang Lapo. Memang senang dan apa yang aku masak semua menjadi la. Huhu 🙊. 

Time ni kita busy fikir nak masak dan makan apa. Busy fikir nak kenyangkan perut je. Tapi terlupa yang otak juga perlu 'makan'. For the first two weeks aku langsung tak suap otak dengan sesuatu yang berilmiah. Aku banyak kali scroll IG tapi penuh dengan gosip and benda negatif. Memang naturenya begitu tapi lately ni terlalu toxic. Then aku sedar yang sepatutnya sekarang adalah masa dimana aku patut bagi otak makan sekenyang2nya. Ini ialah sem akhir aku. So aku kena buat thesis dan banyakkan baca journals and articles. Kalaulah aku memaksimakan masa sebaiknya, memang dah berpuluh journal aku hadam. 

Kita selalu sedar kita ada banyak masa tapi sebenarnya itu adalah auta. Aku ada tengok drama Korea bertajuk Itaewon Class. Serious la cerita tu sangat menginspirasi. Selain dari heronya yang handsome. Ehemm. Dari cerita tu aku belajar semua orang diberi masa yang sama tapi orang yang bijak dia tahu nak gunakan ia dengan sebaiknya. Park Saeroyi (hero) sangat determined nak capai goal dia. Tak kisah berapa lama masa dan cabaran yang dia kena hadap, apa yang dia tahu dia kena capai goal tu. Never give up! Even dalam penjara selama bertahun dia study dan susun strategi untuk balas dendam which is his goal. Kalau rajin tengoklah cerita tu. Tak banyak sangat pasal romance tapi more tu friendship, business and loyalty. Recommended!

I bet lepas habis musim PKP ni berat confirm dah bertambah dan kedai spec akan menjadi tempat tujuan ramai orang. Time musim PKP ni boleh dikatakan 24/7 menghadap screen. Jadi possibility untuk orang ada masalah mata tu boleh dikatakan tinggi la. Power mata aku pun dah makin bertambah. Memang tak sabar nak pergi tukar spec.

Ok la aku dah malas perah otak untuk cerita selebihnya.

Thanks for reading!

Comments