8 Ramadan 1441H ❤️

Salam Ramadan! & Selamat Hari Pekerja

Hopefully masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat berpuasa buat semua pembaca. Well it's better late than never kan. Masih ok ke semua orang? Huhu. Sabar je ok. Allah takkan turunkan ujian tanpa hikmah. Ingat ni selalu.

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah masih diberi peluang untuk berpuasa pada tahun ini meskipun PKP masih belum berakhir. Sejujurnya dah banyak tahun aku berharap nak mati dalam bulan puasa (Astaghfirullah). Dosa pun banyak ada hati nak mati dibulan mulia. Huhu. Aku bersyukur walaupun tak tahu mati bila tapi aku sudah diberi peluang untuk menjadi tetamu Allah. Tiba2 rasa nak nangis sebab rindu Mekah & Madinah. Bila bangun sahur tu memang terasa sebab kat sana pukul 4 dah bangun untuk siap2 solat Subuh. Lepas tu jalan laju2 ke masjid sebab nak cop tempat. Haha. Lagi bertambah sedih disebabkan pandemik ni, umat Islam seluruh dunia tak boleh pergi ke 2 tempat suci ni. Semoga semua ni cepat berakhir. InsyaAllah. 

Aku sekadar nak berkongsi kisah peribadi sepanjang PKP ni. Tak tahu la dah hari keberapa ni (lol) tapi sekarang dah masuk fasa ke 4. Waktu awal2 tu aku rasa macam banyaknya masa aku. Dengan time tu kelas tak start lagi pastu tak boleh pergi office. Memang sepanjang hari aku melepet je sambil layan YT & Netflix. Nasib badan tak melekat kat katil je. Cuma stop kejap untuk buat kerja rumah, solat & masak (nak juga sebut. errr). Then kalau bos ada bagi kerja (work from home kannn), aku stop la layan tu. Habit tu berlarutan sampailah awal PKP fasa 3 kot. Kau bayangkan hampir sebulan lebih aku buang masa buat benda tak berfaedah. Aku macam Ya Allah ruginyaaaa. Lepas tu mulalah muhasabah diri, 'kalaulah aku tak buang masa mesti aku akan bla3". Pastu stress sendiri. Haha. Padan muka.

Allah berfirman, "Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar." 
Surah Al Asr: 1-3

Astaghfirullah. Bukanlah nak tunjuk baik sangat pun tapi hari2 aku solat & mengaji. Tapi apa adanya je la. Pastu sambung layan Netflix. Last aku tidur awal (pukul 12am kebawah) sebelum pergi umrah. Lepas pada tu hari2 aku tidur pukul 2 3 pagi. Balik umrah sakit mata teruk pulak sampai MC 2 minggu. Lagilah tak selesa nak tidur. Sleeping pattern hauk sangat. Time PKP lagilah jahanam. Kadang2 nak dekat pukul 4 pagi baru tidur sebab layan Netflix. Subuh jangan tanyalah. Memang hujung2 waktu je. Ada time terlajak terus. Tak mabrur umrah aku. Astaghfirullah. Lagipun aku fikir bolehlah tidur lambat sebab tak perlu bangun awal untuk pergi office pun. Abendeeee??

Bila dah lama2 aku fikir sampai bila nak jadi macam ni eh. Masa tetap terus berjalan. Ditakdirkan nak ke penghujung PKP fasa 3 ni, aku tergerak hati nak stalk IG Neelofa. Dia ada create channel Telegram. Tanpa berfikir panjang aku terus join. Segalanya berubah. Tibaaa. Alhamdulillah ada perubahan positif dalam diri aku. Semoga berterusan. InsyaAllah. Sebelum ni aku ada la bagitahu kat beberapa orang yang aku memang admire dia. She's smart, discipline, work hard & inspiring woman. Ada la juga yang macam condemn & cakap benda negatif pasal dia. Of course la aku tak setuju. Bukan disebabkan aku admire or backup dia tapi kita ada pilihan kan nak pilih yang positif atau negatif. Dia pun bukannya share benda2 yang negatif. In fact kita bukannya kawan rapat dengan dia. Hanya dengar berdasarkan cerita orang. Tiada manusia yang sempurna. Kalau dia ada buat salah, itu antara dia dengan Allah. So tak perlu nak judgmental sangat ok. Bukan dia je la. Ramai lagi public figure yang kena hentam dengan netizen. Apa yang aku fikir "at least dia ada contribute something to the society/country. Ada bagi impact positif. Daripada aku yang langsung takde bagi sumbangan apa2 ni baik diam je la. Tak pasal2 buat dosa kering kalau apa yang disebarkan tu fitnah". Tapi manusia kan. Bila orang tu buat 1 kesalahan, 99 kebaikan tu dilupakan. Wallahualam.

Kat bawah ni channel Telegram yang aku join:

1. Neelofa

2. Elfira Loy

3. Ayesha Shahira (ayeshashares)

4. Kabilah Ilmu
https://t.me/kabilahilmu

5. My channel 😊 (My friends & I as an admin)
https://t.me/sheshares

Semoga bermanfaat. Banyak sangat ilmu baru yang aku dapat lepas join channel ni. Aku pun harap korang dapat sesuatu ok. Kita sama2 berkongsi.

"Kalau kita jahil, takkan selamanya nak jadi jahil. Ilmu itu perlu dicari, ianya takkan datang bergolek."

Kata akhir, aku nak minta maaf andai ada penulisan aku yang mengguris hati sesiapa. Niat aku hanya nak berkongsi.



Memandangkan hari ni hari Jumaat, jom banyakkan berselawat ke atas junjungan Rasulullah SAW



Thanks for reading !

Comments