Assalamualaikum!
Nak cantik/hensem,
Nak berjaya,
Nak kaya,
Nak jadi pandai,
And the list goes on......
Semuanya takkan berlaku tanpa tindakan. Maka kita akan berada di posisi yang sama sampai bila2. Dilahirkan sebagai miskin itu takdir, memilih untuk kekal miskin itu adalah pilihan. Memang betul sangat seperti apa yang Allah firmankan dalam surah Ar Ra'd:11. Sebelum ni aku sedar je akan kewujudan ayat ni. Tapi bila baca banyak kali dan bandingkan dengan life aku yang sekarang, memang rasa macam kena tepat kat muka. Bahasa senang faham, seolah2 macam kena 'sindir' dengan Allah. Aku nak upgrade diri tapi tak buat apa2. Kau ingat Allah nak tolong? Contoh lainnya, kau lapar tapi tak buat apa2. Masak pun malas. Nak keluar pun malas. Hanya berharap Allah beri rezeki yang tak disangka2 tanpa keluarkan sedikit usaha. Kau ingat kau duduk kat syurga ke apa terdetik dalam hati je terus Allah makbulkan? Aku selalu self talk. Terus sentap. Bahaha. Pastu buat perangai balik. Zzzz.
Alhamdulillah sekarang aku dah berjaya habiskan degree. So dah boleh fokus buat benda lain. Tengah rancak buat bisnes tiba2 stop sebab rasa down sangat. Non stop self sabotage. Musuh paling utama ialah diri sendiri. Aku memang tak nafikan fakta tu. Aku sendiri yang letak limit, overthinking, aku sendiri yang tak percaya diri sedangkan orang sekeliling selalu support dan beri kata2 semangat. Aku selalu biarkan hati yang mengawal diri. Bila hati yang mengawal, memang akan sentiasa terikutkan emosi. Tapi bila otak yang mengawal diri, kita akan jadi sentiasa berfikir rasional dan dapat build a positive mindset. Even self sabotage, kita takkan terpedaya sebab kita gunakan otak untuk berfikir. Selalu kan orang kata kalau ikut hati, mati. Aku ni jasad je bernyawa tapi semangat dah mati.
Semua orang punya impian kan. Contoh sekarang aku tengah buat bisnes. Honestly ada time malas nak promote produk. Ada masanya malu, takut, fikir apa orang kata. Ada masanya juga aku tak peduli pun semua tu. Memang selalu ada switch feelings. Hari ni positif gila2. Esoknya negatif gila2 sampai rasa nak give up dan nak menyorok dalam hutan sorang2. Tapi selalu terfikir, kalau tak promote takde la orang tahu aku jual apa. Allah pun tak boleh nak bantu sebab aku sendiri pun tak nak bantu diri sendiri. Memang doa dan tawakal tu perlu. Tapi kalau takde usaha pun tak jadi juga. Dan ada lagi ayat yang terngiang2, Allah dah janji "siapa usaha lebih, dia dapat lebih". Pernah ke dengar orang tu dapat apa2 yang dia impikan tanpa usaha dan kerja keras. Nak beli apa2 pun perlukan duit. Tapi sumber duit tu datang dari mana? Kena kerja la baru dapat duit kan. Ingat billionaire tu bangun tidur terus jadi kaya ke. Disebalik kekayaan tu kita tak tahu berapa banyak usaha yang dia dah buat, berapa banyak dia rugi, berapa malam dia tak tidur, berapa baldi air mata dah keluar (k over).Bukannya duduk saja harap keajaiban duit tu turun dari langit. Senang betul hidup kau.
Semangat aku selalu naik turun. Aku harap bila aku down, post ni dapat boost balik keyakinan aku dan semangat aku. InsyaAllah. Satu benda juga yang aku pegang, "it's better late than never".
Semoga Nur Adhura Binti Abidin berjaya dunia dan akhirat. InsyaAllah.
Let's work hard for a better future.
Thanks for reading!
Comments
Post a Comment