Assalamualaikum!
Dia cam sejak ada anak ni terasa cepat je masa berlalu. 2021 merupakan tahun di mana Allah telah mengangkat darjat aku menjadi seorang ibu. Alhamdulillah. Macam tak percaya tapi kena percaya. Dolu2 selalu terfikir cemana la rupa suami aku. Sekali ex time sekolah. Lahhh. Pastu terfikir cemana pulak rupa anak. Sekali keluar awwww “sebijik rupa ibunya” (selalu dapat komen macam ni bila upload gambar dia). Rupa ibu ok. Peribadi tu biarlah ikut ayah dia. Elok sikit. Bahaha 🤪.
Sudah2 la cerita pasal azam k sebab yang dulu2 pun jenuh nak capai. Tapi untuk blog ni aku cuba untuk lebih aktif. Akanku gunakan platform ini untuk berkongsi lebih mengenai macam2. Entah kenapa aku kurang sikit nak kongsi macam2 kat IG & FB. Ikut mood juga tapi kebanyakannya memang jarang kongsi. Bila tengah karang cerita kat blog, dalam kepala hanyalah bayangan kejadian. Tapi bila kat socmed lain, aku akan terfikir juga siapa yang akan baca. Jadi benda tu dah jadi tak syok. Sepatutnya tak yah fikir kan tapi eh biarlah kepala otak aku ni kadang2 luar kawalan.
Sekian sahaja untuk hari ni.
Thanks for reading!
Comments
Post a Comment