Kenapa dia?

Persoalannya, siapakah DIA? Cewahh.

Semestinya suami tercinta.

Setelah setahun lebih kahwin, aku nak share sikit kisah kitorang. Agak panjang tapi aku pendekkan la sebab boring kot. Haha. 

Kali pertama jumpa tahun 2008. Dia tua 2 tahun dari aku. Time tu suka ponteng kelas. Hehe. Kalau tak ponteng mesti aku tak kahwin dengan dia 😛. Haa nampak percaturan Allah. Aku pun masih ingat macam mana boleh couple, pergi balik sekolah jalan kaki sama2, tunggu bawah pokok pinang (bahaha), phone kena rampas kat sekolah, masuk bilik kaunseling sama2. Malangnya, cinta monyet itu hanya bertahan tak sampai 3 bulan. Part break tu aku lupa tapi suami ingat. Katanya, aku ni 1st love dia so almost everything dia ingat. Kata dia la kan. 

Fast forward, 10 tahun kemudian, dia ada contact aku kat FB & minta no. Tapi sebelum tu kalau aku ada post apa2 dia selalu like. Aku cam eh dia ni kenapa. Nak try aku la tu. Haha *mode perasan onzz*. Aku pun tengah single kan. So layan je la. Then dia ajak lunch sama. Wehh 10 tahun tak jumpa. Nasib la dia banyak cakap sebab aku tak tahu nak borak apa 🤣. Awkward gila. Dia pun jenis slumber je. Bila dah banyak hari text, ada la terdetik mungkin akan berjodoh dengan dia ke apa kan. 

Maka tibalah hari di mana terkeluar ayat “andai dia je laki yang tinggal kat muka bumi ni, aku takkan pilih dia”. Padahal apa yang dia buat tu bukannya salah besar pun. Tapi biasalah perempuan kan emo & suka besarkan benda kecil. Huhuhu. Lepas kejadian tu aku terus mark dia ni laki yang tak bertanggungjawab, tak boleh harap. Dalam bulan 10 macam tu aku tak berapa nak layan & slow2 jarang contact. 2019 memang tak contact langsung. Hujung Mei 2020, aku up status whatsapp wish raya & dia reply. Aku pun reply la semula. Ada satu hari tu aku nak renew roadtax kereta. Kira itu 1st time la jumpa semula selepas hampir 2 tahun. Macam mana boleh terbuka hati nak ke next step, kerja Allah belaka nak kabo ke aokme. Allah pemilik hati manusia. Hanya Allah yang tahu aku ni jenis macam mana. Jadi Dia mudahkan urusan. Alhamdulillah. Bulan 7 tunang, bulan 10 nikah.

Seterusnya, jawapan kepada kenapa dia. Lahh yang panjang2 atas tu apa? Intro je pun dah berjela. Huhu. Salah satu sebab aku boleh terima suami ialah dia bukan jenis yang berayat manis. Straightforward & gentleman. Aww. Sejak dari sekolah memang begitu. Pastu dia ni kategori orang yang “action speaks louder than words”. Tak cakap banyak & terus buat. Dia sangat memahami aku yang bukan suri rumah sepenuh masa. Tak banyak menuntut & terima aku seadanya yang terlalu banyak kekurangan ni. Bila dah kahwin ni baru aku faham erti saling melengkapi yang sebenarnya. Alhamdulillah aku bersyukur dengan apa yang ada sekarang.

FIRMAN Allah SWT: "Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keteranganketerangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir." (Surah Ar-Rum, ayat 21)

Waktu mula2 kahwin dulu aku selalu terfikir kalau tahu pada akhirnya akan kahwin dengan suami, takde la aku nak buang masa bercinta dengan orang lain. Berdrama air mata bagai. Haha. Mesti ramai juga yang fikir gini kan. Tapi itulah, ada sebab kenapa Allah jadikan perjalanan hidup aku macam ni. Pengalaman. Tak pernah menyesal dipertemukan dengan orang2 itu. Allah hadirkan mereka pun sebab nak aku belajar sesuatu dari diorang. Tak kisah la siapa pun, pasti ada sebab kenapa Allah temukan kita dengan seseorang tu. Mana yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan.

Buat si pembaca, doakan agar perkahwinan aku & suami sakinah mawaddah warahmah. InsyaAllah Aamiin. Semoga doa yang baik2 ini akan berbalik semula pada kalian. Sentiasalah ingat jika tak dapat apa yang kita doa tu sama ada ianya bukan yang terbaik untuk kita atau belum tiba masanya. Bersangka baiklah dengan Allah.

Thanks for reading!

Comments