Spaghetti + teh Boh limau nipis & halia
Menikmati hidangan sambil menonton YouTube. Ada hari Ammar tidur awal. Ada hari waktu macam ni masih berjaga. Oh.. jam sekarang menunjukkan pukul 10.40pm. Bila dia tidur awal, dapatlah ber-me-time lama sikit. Terima kasih Ammar sentiasa jadi anak yang memahami 💕.
Depan aku ni ada longgokan baju yang perlu dilipat. Dah 2 hari 1 malam tersadai disitu. Paling malas nak lipat kain. Tapi mata aku rasa semak tengok dia transit lama sangat. Rumah aku 2 tingkat. Biasa lepas angkat kain terus letak atas sofa. Dah siap lipat baru bawa naik atas. Melainkan (tiba-tiba) ada orang datang rumah, barulah kain itu dibawa ke atas demi menjaga maruah tuan rumah. Lah tiberrrr.
Itu sahaja.
Thanks for reading!
Comments
Post a Comment