Assalamualaikum!
Bila mood mengemas sudah datang, jangan sia2kan kehadirannya. Manfaatkan mood itu sebaiknya kerana belum tentu esok dia kembali.
Aku nak share pasal dapur. Tapi belum siap sepenuhnya lagi. Cehh ayat macam dapur tu renovate je. Padahal tak pun. Hihu. Aku nak share pasal label bekas. Sekarang kan tengah “in” printed label tu. Bersepah la kat Shopee. Harga bergantung pada design. Aku suka tengok design label minimalis & nampak cantik je tersusun bekas2 sama saiz tu semua.
Bukanlah tak nak follow the trend kan. Cumanya, rumah aku ni banyak gila kot bekas. Bekas dari beli kuih raya la, biskut la, kek la. Macam2 saiz ada. Aku tak nak membazir. Sebelum mengemas tu penuh sekotak simpan bekas2 tu semua. Semak mata. Nak buang sayang. Haa dah cemana. Jadi, aku utilise apa yang ada. Konsep dapur aku tu pun guna apa yang ada je. Memang jauh la kan dari konsep aesthetic bagai2 tu. Ok chop. Itu cerita kemudian. Kita cerita bekas & label dulu.
Untuk label pulak, aku tengok kat Shopee kalau tak nak beli yang ready made ingredients list, kita boleh custom. Tapi (again!), rumah aku takde la banyak nau bahan gitu & space dapur pun kecil. Jadi, aku tak suka letak banyak barang yang tak perlu.
Ini waktu mula2 dulu. Aku tulis sendiri je label. Tulisan memang tak lawo la kan. But who cares. Asal bila pandang bekas je tahu isi dalam tu. Bukan ada pertandingan pun *nak sedapkan hati sendiri*
Tadaaaaaaa π π π
Ini yang aku baru buat tadi. Gigih ya gunting tulisan kat pek & tampal. Aku letak sekali dengan expired date. Senang nak refer. Gula tu je aku tak tahu keberadaan expired date dia. Untuk orang cheap skate macam aku, bolehlah guna cara ni. In fact, nampak cantik je kan. Berbagai jenis design & font. Colourful gitu . Cuma tak seragam je la. Bahan2 lain tu sebab aku dah buang pek dia. So next time nak refill aku akan buat juga macam ni. Bila refill yang dah tampal tu just gunting part expired date tu je la. Ganti yang baru. Since aku lekat guna saletip surface tu, tahan lama sikit la & kalis air.
Next post aku share pasal seluruh dapur pulak. Tapi jangan letak high expectation sangat sebab dapur aku biasa2 je. Nak share sebagai kenangan “dapur rumah sewa pertamaku”. Agitchuu.
Thanks for reading!
Comments
Post a Comment