Assalamualaikum!
Aku telah mendapat inspirasi & suntikan semangat dari YouTube. Maka semalam gigih mengemas peti. Hampir 4 jam ya. Non stop. Memang penat sangat but it’s worth it bila tengok peti kita bersih & tersusun rapi.
Sebelum
Lihatlah betapa berantakannya peti guwe. Banyak khazanah (tomato, limau kasturi, cili) yang dah buruk 🫠. Biasanya lepas shopping groceries, aku akan transfer sayur, cili, halia, kunyit hidup & etc ke dalam ziplock bag. Tapi sejak kebelakangan ni barang2 kecil je letak dalam beg tu. Tujuan letak dalam beg sebab nak jimat space. Bagi aku, better letak dalam bekas. Takde la cepat rosak barang2 tu semua.
Korang tahu je kan apa yang ada dalam bekas2 tu semua. So tak perlulah aku nak cerita satu2. Sayur kailan & sawi tu aku letak dalam 1 bekas. Potong siap2. Brokoli & kobis 1 bekas. Nanti senang nak masak. Sebelum letak, aku lap dulu bagi kering. Takde la betul2 kering, cuma tak la sampai berair menitik tu. Ikut pada tips yang aku baca, bila sayur tu dalam keadaan tak berair, ianya takkan cepat rosak. Cili tu je aku lapik dengan tisu. Taugeh & tauhu tu wajib letak air tau. Jangan dibiarkan kering nanti cepat busuk.
Taraaaaaaa
Selepas 😍
Segak dak peti aku? Hehe. Jadi kerap pulak nak buka peti.
After all the hard work, I deserved a good food. Inilah reward yang paling membahagiakan. Alhamdulillah. Tiba tekak rasa nak makan makanan Korea. Kat rumah pun ada sos Gochujang. Sup tu namanya Yukgaejang. Tapi aku ada olah sikit la. Telur tak jadiiii. Fail time nak flip dia. Ayoyo.
Pemandangan sewaktu makan 😍. Betullah orang kata, bila dah ada anak kecil ni susah nak maintain rumah tu sentiasa kemas je. Tapi sebelum tidur, aku akan cuba sedaya upaya kemas semua mainan dia letak dalam bakul, kereta & walker dia susun elok. Korang kan kalau pergi rumah yang ada anak kecil, janganlah judge kata tuan rumah ni pemalas. Percayalah, itu dah berapa kali kemas sebenarnya. Bahaha disclaimer diri sendiri. Di sisi lain, aku bersyukur Ammar aktif je main. Itu menunjukkan dia sihat. Alhamdulillah.
Walaupun ada tv, aku suka makan sambil layan YouTube. Phone letak kat kipas mini tu. Memang me-time betul.
Next target ada nak kemas benda lain. Aku baru sahaja beli sesuatu di Shopee. Nanti aku share kat sini eh.
Thanks for reading!
Comments
Post a Comment