Hari ni lunch kat office makan salad k #eatclean
Betapa gigihnya aku malam tadi potong salad, timun, rebus edamame, kacang kuda & bakar ayam (letak dalam oven jurr). Aku tidur lewat gara2 tunggu kacang kuda tu lembut. 2 kali masak sebab bila makan masih terasa keras sikit. Aku tak pernah rebus kacang tu. Pastu tadi member office cakap sebelum rebus rendam dengan air dulu. Takde la lama sangat nak tunggu lembut. Ohh ok baru tahu. Maaf sis noob.
Aku ni tak la rajin nak masak untuk bawa bekal ni. Kalau bawa bekal means aku dah prep malam sebelum. Contoh macam salad ni aku dah letak dalam bekas siap2. Takde maknanya pagi2 baru nak buat semua benda. Kalut! Aku ni asal pagi je selalu rushing meskipun dah tahu rutin kena buat apa. Kalau bangun awal pun tetaplah terlambat juga. Well Adhura kan 🤷🏿♀️. Anak baru sorang. Dah gitu gaya kejadiannya. Ishh2.
Anak aku mak jaga itu yang kena keluar awal sikit sebab rumah mak aku bukan sehala dengan office. Tapi dekat je la. Lebih kurang 10 minit. Mula2 kerja bagus k pukul 8 dah keluar rumah. Sekarang ada time pukul 8 baru bangun. Muehehe. Aku masuk kerja pukul 9. Jarak rumah dengan office lebih kurang 10 minit. Aku kena tempuh 4 traffic light. Ada hari time aku lalu semua lampu hijau. Bahagia rasanya. 5 minit je dah sampai. Aku target paling last gerak dari rumah mak pukul 8.50am.
Aku kan sebenarnya nak cerita pasal bekal hari ni dan kisah di sebalik tu. Tapi, biasalah. Ok sambung balik.
Aku bawa bekal ni sebab konon2 nak jimat. Sekali member ajak join beli kopi Zus terus kalah tak dapat tahan nafsu. Demm ittt. Kopi kan. Too hard to resist la. Haihh. Bukan sekali tapi dua kali. Ya baru dua kali je tapi I dah insoff. Bukan apa. Aku macam ada la bajet sehari berapa perlu spend untuk makan. Kalau belanja makan aku sorang sehari sampai RM30 tu panjang la ishhhh-nyaaa. Selalunya sarapan aku tapau je and makan rumah mak. Jadi, untuk lunch tu selagi boleh jimat, kita jimat. Haa gitu. Pastu untuk kopi tu pagi2 aku dah minum. Nak control sugar and caffeine intake pun ya juga. Kang overdose banyak pulak ceritanya.
Hari ahad lepas aku dah beli stok makanan untuk bawa bekal. Semoga terus istiqamah la. InsyaAllah. Hari ni aku tak makan nasi lagi. Setakat pukul 4.40pm perut aku masih ok walaupun rasa lapar tu slow2 muncul. Asal rasa lapar je aku minum air. Pastu kerap la ke tandas. Heh. Makan salad ni bukan sebab diet tau. Kena gelak dek orang je kalau cakap camtu. Aku pun tak tahu kenapa aku tak nak makan nasi lunch tadi. Lewlzz. Makan kadang2 boleh la macam ni. Kalau selalu nanti korang akan nampak tiang je bergerak. Ok sekian. Itu sahaja.
Hampeh!! Ingatkan beli karipap je kena scam. Ini pun sama. Dapat angin je 😤😤😤
Thanks for reading!
Comments
Post a Comment