Assalamualaikum!
Tajuk mesti kena gempak en haha
Pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih pada pembaca yang telah meluangkan masa baca blog usang seperti tidak bertuan ini ehek. Tak sangka la pulak sampai ke tahun 2025 ni masih ada yang baca blog aku, khususnya tentang kisah PJJ tu. Paling tak sangka masih ada yang komen, minta pendapat dan sebagainya. Lepas beranak banyak urat dah putus. Tak semua benda aku ingat 😅. Tahniah pada yang dah berjaya sambung PJJ! Korang memang the best! Alhamdulillah aku dah 5 tahun grad. Nanti nak buat entri pasal graduation—baca boleh percaya jangan 🤪
Maaf la pada yang komen tapi tak jawab. Blog ni dah lama tak buka. Komen pula tak masuk dalam email. Rasa bersalah menyelubungi diri kerana risau dianggap sombong. Dah la blog sendu, selalu tak balas komen. Ada komen yang berbulan kemudian baru balas. Terima kasih diucapkan buat pembaca lain yang tolong balaskan 🫶
Aku berniat untuk aktif balik blog. Dulu, blog ni “safe place” untuk aku. Tiada toksik, tiada paparan kisah orang lain. Yang ada hanya tentang aku. Pernah satu ketika, aku deactivate semua akaun social media-kecuali blog. Aku rasa selamat dan terhindar daripada segala negativity dan toxicity dunia. Hanya dalam dunia sendiri. Best! Tapi, makin bertambah usia, seiring dengan bertambahnya komitmen sejak berkeluarga, kata-kata hanya mampu tersimpan dalam kepala. Kekangan masa untuk menulis dan perlu mengutamakan apa yang utama—keluarga.
To make it short, semoga setiap perkongsian aku dalam blog ni dapat memberi manfaat pada pembaca yang pada akhirnya akan menjadi saham akhirat buat aku nanti. InsyaAllah. Sebenarnya hidup aku biasa-biasa je. Tapi Alhamdulillah syukur dengan setiap rezeki yang Allah bagi. Cukup belaka. Cuma dekat blog ni aku nak berkongsi tentang sesuatu dari sudut perspektif aku yang telah lama terpendam. Cewahh. Acah-acah je kan 😂
Pejam celik dah 14 tahun blog ni wujud. Form 2 dah ‘baby tua’ aku ni lol 🤣. Aku bersyukur Allah masih panjangkan umur aku hingga ke hari ni. Alhamdulillah. Jumpa lagi di next entri. InsyaAllah.
Jam menunjukkan hampir pukul 1 pagi. Alarm aku (anak-anak) selalu berbunyi awal pagi. Bagus ya mereka ini. Natural alarm 😂. Dia tak bagi ibu bangun lambat walaupun ibu bukan morning person 🐼
Thanks for reading!
Comments
Post a Comment